29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kemungkinan Marissa Merindui Kehidupan Yang Ditunjukkan Dalam Foto, Walaupun Hakikatnya Berbeza’ – Misya

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania akhirnya bersua muka dengan madunya, Umisya Mazlan. Marissa dilihat memuat naik swafoto bersama Umisya di media sosialnya.

    Buat hal masing-masing

    Berikutan daripada perkongsian tersebut, Umisya tampil memperjelaskan mengenai situasi sebenar di antara dirinya dengan Marissa.

    Hi, Assalamualaikum. Ramai yang dm tanya tentang posting ini dan media pun dah keluarkan headline. Sampai ada yang cakap marketing, nak nampak mulia, nak raih populariti, nak nampak tersakiti. Allahu. Gambar ni sebelum viral. Masa ni Marissa dan Misya dah pun berbaik.

    Menurut Umisya, dia menerima poligami dan apa yang telah terjadi dengan sebaiknya. Tambah Umisya, mereka berdua sudah berdamai.

    Tapi lepas viral kisah nikah ni, semuanya berubah. Ada sedikit berbalah dan kami buat hal masing-masing. Saya tak pernah cakap kami bermusuh. Tapi Misya tekankan pada kes modelling satu jenama ni, jagalah sensitiviti semua pihak. Situasi sekarang tak seperti yang digambarkan macam dalam foto ini. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan?

    Mungkin Marissa rindu. Selamat hari raya Marissa, lama kita tak contact. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya. Misya balas dengan story jugalah penjelasan ni sebabnya Misya tak tahu Marissa post story kita. Tak ada contact atau perbincangan setakat ni.

    MENARIK:  [VIDEO] Adira Suhaimi Tidak Bercerita Pada Anak-Anak Isu Rumah Tangga – ‘Saya Cuma Usaha Untuk Mereka Tidak Rasa Kosong’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah