27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amira Othman Nafi Bakal Kahwin Dengan Fattah Amin, Anggap Video Busana Pengantin Hanya Salah Faham

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Amira Othman tampil menepis dakwaan kononnya dia dan aktor, Fattah Amin bakal mendirikan rumah tangga susulan tular sebuah video memaparkan dia mengenakan busana pengantin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi

    Khilaf produksi

    Ketika ditemui , Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 31, menjelaskan bahawa video tular yang tertera penyangkut baju dan kad bertulis abjad A dan F adalah perkara yang tidak disengajakan oleh pihak produksi klien yang terbabit.

    Ya, terkhilaf. Tidak ada sebarang ‘deal’ pun. Klien juga sudah memohon maaf pada saya.

    Jadi saya tiada masalah, bahkan tidak timbul isu bergaduh berkaitan hal ini.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu memilih untuk kekal profesional dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

    Saya bersikap profesional selain enggan menyalahkan sesiapa. Adat bekerja, pasti ada ujian serta dugaan. Hal ini pun sudah diselesaikan dengan pihak berkaitan secara baik.

    Bagi saya, adalah tidak adil untuk marah atau salahkan orang lain hanya kerana netizen salah faham. 

    Amira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran platform penstriman digital (OTT), UTV pada Rabu.

    Tak boleh kawal apa orang fikir

    Dalam pada itu, Amira turut mengakui bahawa dia langsung tidak tahu menahu tentang abjad F yang digunakan oleh produksi dalam pembikinan video tersebut.

    Saya memang minta supaya tak letak sebarang huruf lain selain A untuk saya. Tapi bila benda itu sudah terpapar, memang saya tak boleh kawal apa yang orang fikir.

    Apa yang penting, kerja saya selesai. Tentang persepsi orang, itu di luar kawalan saya.

    Menjelaskan perkara itu, Amira berkata elemen yang dipamerkan hanyalah sebahagian daripada konsep koleksi berkenaan dan tidak ada kaitan dengan dirinya secara peribadi.

    Memang koleksi itu perlu ada baju pengantin, cincin dan ‘bridesmaid’. Tetapi tidak ada kena mengena dengan kehidupan peribadi saya.

    Setiap kali kita kongsi dalam media sosial, akan ada orang suka dan ada yang tidak. Itu adat, jadi saya terima dengan hati terbuka.

    Terdahulu perkongsian usahawan, Wanie Elena mencuri perhatian apabila menampilkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengenakan busana serba putih lengkap dengan sejambak bunga tangan seperti pengantin.

    MENARIK:  Hidayah Hamzah Menolak Tawaran RM75,000 dari Ali Puteh Kerana Faktor Keselamatan

    Menerusi video tersebut, dipaparkan juga hanger huruf A dan F serta kad dengan tarikh 26/08 yang tertera huruf sama.

    The post Amira Othman Nafi Bakal Kahwin Dengan Fattah Amin, Anggap Video Busana Pengantin Hanya Salah Faham first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah