26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kejadian Wanita Disamun dan Dirogol Di Jejantas Stesen KTM Serdang

    Shopee Sale



    Dua lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kes jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Serdang.

    Wanita dirogol di jejantas

    Sekadar gambar hiasan

    Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan, suspek pertama disyaki menyamun seorang wanita di jejantas KTM Serdang pada 30 Disember lalu manakala suspek kedua, disyaki melakukan jenayah samun dan merogol seorang wanita di lokasi yang sama pada 14 Januari lepas.

    Difahamkan, jenayah rogol itu berlaku semasa mangsa yang berusia 29 tahun dan merupakan jurujual pusat beli-belah dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

    Mangsa mendakwa dihampiri lelaki tidak dikenali di atas jejantas berkenaan sebelum dirogol dan telefon bimbitnya disamun selain turut diacukan pisau.

    Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek akan meminta mangsa membuang kad sim dan mengarahkan mangsa untuk set semula (reset) telefon bimbit berkenaan.

    MENARIK:  Nak Layan Drama & Movie Best Serendah RM8? Siap Boleh Bawa Pulang Smart TV!

    Suspek direman tujuh hari bermula bagi membantu siasatan mengikut 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) )c) Akta Imigresen 1959/63.

    Polis meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa samun kepada suspek ini untuk membuat laporan polis.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah