27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keadaan Makin Teruk, Berhalusinasi & Merungut Nak Balik Rumah’ – Zahirah Macwilson Reda Jika Nenek ‘Pergi’

    Shopee Sale



    Zahirah Macwilson

    Pelakon Zahirah Macwilson berkongsi perkembangan kesihatan neneknya iaitu Faridah Nyak Mohd yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.

    ‘Merungut, nak balik’

    Zahirah Macwilson

    Menurut pemilik nama lengkap Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29, keadaan neneknya semakin teruk dan lemah selain sering berhalunisasi serta merengek kesakitan.

    Nenek semakin teruk, asyik cabut ‘mask’, dia tak mahu pakai.

    Berhalusinasi, merungut, percakapan dia tidak jelas dan tiba-tiba marah, merengek kesakitan.

    Dia cuba nak bangun dari katil dan nak balik rumah, tak mahu makan atau minum.

    Zahirah memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

    Menerusi perkongsian sama, Zahirah berkata dia reda dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada neneknya.

    Tidak pernah terbayang akan melihat keadaan dia sebegini. Apabila dia melihat kita, seolah-olah dia tidak berada di sana.

    Saya beritahunya semalam dengan berat hati, ‘kalau nenek kena pergi, nenek pergi lah’.

    Dia perlahan-lahan capai tangan saya dan mengangguk, hati rasa sedih seakan berkecai.

    Terdahulu, Zahirah memaklumkan neneknya telah mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

    MENARIK:  Usahawan Hadiahkan Anak Lamborghini Revuelto Bernilai RM6 Juta Sempena ‘Birthday’ Ke-9

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah