Perhatian warga Penang terutamanya orang-orang Batu Kawan, korang dah sedia ke belum?
Sebabnya karnival paling ikonik, Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 kini kembali dan kali ini dia datang dengan vibe yang luar biasa gempak!
Sebab apa gempak? Sebab KJH kali ini bergabung tenaga dengan Mega JPJ MADANI sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-80. Memang padu habis!
PM Anwar Ibrahim pun turun padang!
Bukan biasa-biasa ya, majlis peluncuran pada hari Sabtu (25 April) nanti bakal diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Turut serta adalah barisan menteri kabinet termasuklah Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Jadi, memang prestigious sangat acara kali ini!
Helmet dan servis minyak hitam PERCUMA? Biar Betul!

Ini yang kita nak dengar. JPJ bukan setakat datang nak sambut birthday saja, tapi mereka nak bagi hadiah dekat rakyat. Antara inisiatif paling best adalah:
- Pertukaran helmet percuma (siapa cepat dia dapat!).
- Servis minyak hitam motosikal percuma.
- Pemberian 12,000 pek Nasi Kari buat pengunjung. Menarik kan?
Konsert Jom Heboh: Line-up artis memang ‘letop’!
Malam minggu korang confirm tak bosan sebab ada konsert besar-besaran selama dua malam berturut-turut!
- Malam Sabtu (25 April): Korang boleh ‘headbang’ dengan Dato’ Awie, lepastu layan vokal mantap Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ada juga Shiha Zikir, Kristal X dan Wani Kayrie.
- Malam Ahad (26 April): Pentas akan digegarkan oleh Floor 88, Hael Husaini, Ara Johari, Nadeera, Mariam OIAM dan K.O.I.
Aktiviti bersama keluarga serta kanak-kanak pun ada

Mak ayah jangan risau, bawak anak-anak datang sebab ada macam-macam aktiviti. Antaranya adalah zon Soopa Doopa di mana korang boleh biarkan anak-anak melompat sampai penat.
Anak-anak juga berpeluang bertemu Ejen Ali sempena sambutan ulang tahun ke-10 Ejen Ali dan Explorace dengan hadiah wang tunai. Mesti budak-budak suka.
Korang juga boleh Meet & Greet dengan selebriti kegemaran korang macam Muaz Zabir, Alya Iman, Siti Hariesa dan ramai lagi di Studio Tonton Drama Sangat.
Syurga makanan di Love Food Fest

Dah penat jalan, mestilah lapar kan? Dekat sini ada pelbagai vendor makanan viral yang bakal buat korang rambang mata.
Sambil makan, boleh cuci mata tengok jualan nombor pendaftaran kenderaan eksklusif dari JPJ atau layan Battle of The Band pada malam Jumaat.
KJH Mega JPJ Madani 2026 bakal berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 24 – 26 April 2026 (Jumaat – Ahad). Acara berlangsung dari pagi sampai malam tau!
Jadi apa tunggu lagi warga Pulau Pinang dan kawasan sekitar? Ayuh turun padang ke Stadium Negeri Batu Kawan untuk sama-sama memeriahkan suasana!
Jangan lupa post gambar korang guna hashtag #KJH2026 dan #TV3SentiasaBersamamu. Jumpa di sana!
The post Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 ‘Gegar’ Pulau Pinang! Siap Ada Penampilan Tokti Tau! first appeared on OHBULAN!.





