31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Datang Bercuti Lima Orang, Duduk Serumah Bukan Sebilik’ – Noor Nabila

    Shopee Sale



    Usahawan, Noor Nabila menjawab spekulasi yang dicetuskan warganet berhubung percutiannya bersama bekas suami, Sharnaaz Ahmad.

    Penjelasan Nabila

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor memuat naik artikel berkenaan kekesalannya terhadap warganet yang mendakwa dia dan Sharnaaz kembali rujuk.

    Dalam masa yang sama, Nabila juga menjelaskan bahawa percutian mereka di Perancis turut dihadiri oleh individu lain dan bukanlah hanya mereka bertiga seperti yang didakwa warganet.

    Bawa anak bercuti bersama, kami ini datang bercuti lima orang dan duduk serumah bukan sebilik.

    Nasihat untuk netizen

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

    Justeru, Nabila menyelar tindakan warganet yang mudah menjatuhkan fitnah terhadap mereka.

    Jadi tolong jangan nak menghukum sangat. Jadilah netizen yang bijak, berpelajaran dan beradab.

    Sementara itu, usahawan berusia 40 tahun tersebut juga menasihati warganet supaya tidak menjaga tepi kain orang.

    Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu, elok ini.

    Kalau awak semua tahu sangat masa depan, lebih baik atur hidup sendiri dan bukan tentukan hidup orang.

    Terdahulu, kakak kepada selebriti Neelofa itu menepis dakwaan bahawa dia dan Sharnaaz telah kembali bersama.

    MENARIK:  Rumah Anda Berisiko Dimasuki Ular? Kenali Tanda-Tandanya

    Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan bercerai pada 9 Julai 2020.

    Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 7.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah