27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rumah Anda Berisiko Dimasuki Ular? Kenali Tanda-Tandanya

    Shopee Sale

    Kehadiran ular di kawasan sekitar rumah bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi mengancam keselamatan penghuni.

    Artikel Berkaitan: Obses Kumpul Duit Lama Tapi Takut Riba? Ini Penjelasannya

    Artikel Berkaitan: Adakah Kanak-Kanak Autistik Boleh Dikenal Pasti Melalui Ciri Fizikal & Wajah? Ini Penjelasan Dari Kajian

    Persekitaran rumah perlu dijaga

    Tanpa disedari, terdapat beberapa ciri persekitaran yang sebenarnya menjadi tarikan kepada haiwan reptilia ini, sekali gus meningkatkan risiko ia menghampiri kawasan kediaman.

    Antara faktor utama yang menarik kehadiran ular ialah sumber makanan, di mana kawasan yang mempunyai banyak tikus dan serangga kecil menjadi lokasi pilihan ular untuk memburu.

    Oleh itu, kebersihan persekitaran rumah perlu sentiasa dijaga, termasuk memastikan sisa makanan tidak dibiarkan terbuka serta disimpan dengan rapi.

    Selain itu, kawasan yang mempunyai timbunan dedaunan kering juga berpotensi menjadi tempat persembunyian ular.

    Malah, terdapat spesies yang menjadikan longgokan daun sebagai sarang untuk bertelur.

    Sehubungan itu, membersihkan halaman secara berkala serta memastikan tiada kawasan tersembunyi dapat membantu mengurangkan risiko tersebut.

    Seterusnya, timbunan batu dan kayu juga tidak terkecuali daripada menjadi tempat perlindungan ular.

    MENARIK:  [VIDEO] Ayunie & Siti Jamumall Kembali Bersahabat, Hadir Majlis Akikah Anak – ‘Maafkan Aku Percaya Orang Yang Salah’

    Hal ini kerana, struktur yang berselerak dan mempunyai banyak celah memberi ruang selamat untuk ular berlindung daripada cuaca dan pemangsa.

    Pastikan tiada ruang ular boleh masuk

    Dalam masa sama, kewujudan lubang berongga di tanah atau struktur bangunan boleh menjadi laluan serta tempat persembunyian ular.

    Dengan itu, pemeriksaan di sekitar kawasan rumah, longkang dan saluran air perlu dilakukan bagi memastikan tiada ruang yang boleh dimasuki haiwan tersebut.

    Selain itu, tanda-tanda kehadiran ular juga boleh dikenal pasti melalui najis yang biasanya ditemui di kawasan tersembunyi seperti celah kayu atau lubang.

    Di samping itu, bunyi gemerisik yang luar biasa di kawasan berumput atau dedaunan kering juga tidak boleh diabaikan kerana ia mungkin menandakan pergerakan ular.

    Malah, penurunan jumlah haiwan kecil seperti tikus dan burung di sekitar rumah turut boleh menjadi petunjuk awal kehadiran pemangsa tersebut.

    Sumber: Popmama

    The post Rumah Anda Berisiko Dimasuki Ular? Kenali Tanda-Tandanya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah