Personaliti media sosial, Atita Haris, berkongsi bahawa sebagai seorang isteri dan ibu, dia lebih selesa membuat persiapan Hari Raya lebih awal, malah kebiasaannya segala persiapan telah disiapkan sebelum tibanya bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Kebersihan Membawa Keberkatan, Atita Haris & Nas-T Turun Padang, Ceriakan Rumah Amal Bersama Clorox
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Utamakan Keperluan Anak-Anak, Beli Baju Raya Harga Bawah RM100
Tona warna seakan-akan sama

Ketika ditemui , Atita atau nama sebenarnya Nur Atikah Haris berkata, pembelian baju raya setiap tahun tidak dilakukan secara berlebihan.
Sebaliknya hanya satu atau dua pasang sahaja, manakala selebihnya akan dipakai semula daripada koleksi tahun sebelumnya.
Sebagai seorang isteri, saya memang akan menyiapkan baju raya dan segala persiapan raya lebih awal, sebelum masuk bulan puasa.
Setiap tahun, kami hanya membeli satu atau dua pasang baju sahaja, kemudian akan recycle dan pakai semula baju tahun-tahun sebelumnya.
Tambah Atita, dia tidak menetapkan warna yang sama sepenuhnya, sebaliknya lebih gemar memastikan tona warna yang dipilih seakan-akan dan serasi antara satu sama lain, sekali gus menampilkan keseragaman dalam keluarga.
Dari segi tema keluarga, biasanya saya akan tentukan dahulu, kemudian barulah saya carikan baju untuk anak-anak.
Kami tidak menetapkan warna yang sama sepenuhnya, tetapi cukup sekadar tona yang seakan-akan dan sesuai dipadankan antara satu sama lain.
Asalkan orang melihat sudah boleh tahu mereka itu anak saya.
Atita berkata demikian ketika ditemui pada aktiviti gotong-royong di Rumah Amal Asnaf Al Barakh menerusi inisiatif Clorox.
Baju raya mahal adalah kehendak

Ujarnya lagi, anak-anaknya yang sedang membesar memerlukan pakaian baharu setiap tahun bagi memastikan keselesaan, memandangkan saiz badan mereka berubah dengan cepat.
Memandangkan anak-anak masih dalam proses membesar, mereka tetap memerlukan baju baharu yang mengikut saiz badan.
Budak-budak memang cepat membesar, kadang-kadang baju tahun lepas tiba-tiba dah tak muat atau menjadi singkat.
Anak sulung saya pun sekarang dah boleh pakai baju saya, malah saiz kasut kami juga sama.
Dalam pada itu, Atita berpendapat bahawa pembelian baju raya yang mahal hanyalah satu kehendak dan bergantung kepada pilihan peribadi masing-masing.
Bagi saya, baju raya adalah satu kehendak, dan untuk membeli yang mahal atau murah, itu adalah pilihan masing-masing.
Sebenarnya, walaupun beli di platform media sosial, banyak sahaja pilihan yang cantik.
Kita cuma perlu bijak mencari.
The post ‘Kami Beli Satu Atau Dua Pasang Baju, Recycle Pakai Baju Tahun Lepas’ – Atita Haris first appeared on OHBULAN!.





