26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamal Adli Syukur Uqasha Mudahkan Urusan Jumpa Anak, Akur Tiada Hak Bermalam – ‘Mungkin Dia Risau’

    Shopee Sale

    Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, aktres Uqasha Senrose memudahkan urusan untuk dia meluangkan masa bersama anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.

    Artikel Berkaitan: ‘Isu Iddah Tidak Ditujukan Kepada Mana-Mana Pihak, Hanya Untuk Saya’ – Kamal Adli

    Luang masa dengan Hawra

    Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, berkata, walaupun mereka tidak mempunyai perjanjian hadhanah secara rasmi, keduanya sepakat membuat keputusan bersama demi kebajikan anak.

    Kami tiada hadhanah, cuma keputusan bersama sahaja. Tapi seperti saya cakap sebelum ini, saya gembira sebab Uqasha memudahkan saya untuk jumpa Hawra.

    Dia pun sibuk bekerja, jadi mungkin dia juga mengharapkan saya ambil peluang untuk luangkan masa dengan Hawra.

    Perkara yang paling seronok adalah Hawra sendiri suka berjalan. Jadi setiap kali saya datang ambil dia, dia sangat teruja bila nampak saya. Saya memang bersyukur sangat.

    Kamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, aktor tersebut memaklumkan buat masa ini dia masih belum dibenarkan untuk bermalam bersama anak tunggalnya itu.

    MENARIK:  Anak Zarina Zainuddin Peroleh 6A 2B Dalam SPM 2023 – ‘Alhamdulillah, Bersyukur Sangat’

    Bagaimanapun, Kamal memahami situasi tersebut kerana mengakui dirinya masih kurang pengalaman dalam menguruskan anak kecil.

    Hak bermalam? Buat masa ini belum lagi sebab saya faham mungkin pihak Uqasha risau memandangkan saya sendiri pun rasa masih kurang pengalaman untuk jaga dia (Hawra).

    Tapi tiada masalah. Saya cuba faham dan dapat jumpa pun saya sudah sangat bersyukur. Dapat luangkan masa dengan dia pun sudah cukup, sebab biasanya sebelum pukul 10 malam saya akan hantar dia pulang kerana itu waktu dia tidur.

    Untuk info, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

    The post Kamal Adli Syukur Uqasha Mudahkan Urusan Jumpa Anak, Akur Tiada Hak Bermalam – ‘Mungkin Dia Risau’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah