Ekoran kenyataan pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim mengenai penarikan balik permohonan cerai telah disangkal oleh Peguam syarie mewakili Siti Khalizah Alihan iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Tak Tahu Isteri Fail Cerai, Peguam Kata Dah Maklumkan
Artikel Berkaitan: Isteri Fikry Ibrahim ‘Upload’ Foto Berpegangan Tangan, Netizen Nasihat Jangan Ikut Emosi Buat Keputusan
Tiada tarik balik permohonan cerai

Menurut sumber Harian Metro, Wan Muhammad Afiq menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya pada media adalah benar dan tiada sebarang tarik balik permohonan cerai yang dilakukan.
Tambahnya, tarikh tangguhan tidak akan wujud jika benar ianya ditarik balik.
Mahkamah beri tempoh yang panjang untuk berdamai. Sebenarnya, kalau ia ditarik balik, maka, tiada tarikh tangguhan dan mahkamah tidak akan beri tarikh itu.
Kami mohon tarikh selanjutnya bagi menunggu pendirian atau jawapan dari plaintif (Fikry). Kalau kami tarik balik semalam, maka, selesailah. Tiada tarikh tangguhan.
Tiada tarik balik dibuat semalam. Betul apa yang media laporkan semalam. Saya pun takkan hendak memaklumkan (kepada media) perkara bertentangan.
Tak beri kerjasama

Berkongsi lebih lanjut, Wan Muhammad Afiq memaklumkan bahawa surat saman telah diserahkan pada pelakon berusia 31 tahun tersebut.
Menurutnya, pihak mahkamah masih menunggu keputusan daripada Fikry sama ada mahukan pendamaian atau sebaliknya.
Kami semua memang tunggu pendirian dia sama ada dia hendak bersetuju atau tidak. Atau dia hendak berdamai sebab pada dasarnya, anak guam kami hendak berdamai. Jadi, kami mahu tahu pendirian plaintif, mahu berdamai atau tidak.
Tetapi dia (Fikri) pun tidak datang semalam. Jadi, tak bolehlah beri jawapan balas.
Imbas kembali, Siti Khalizah telah hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.
Dimaklumkan, Siti Khalizah memfailkan cerai terhadap Fikry pada Mei lalu iaitu empat bulan selepas mereka sah bergelar suami isteri dengan alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga.
Pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Kalau Tarik Balik Permohonan Cerai, Semalam Dah Selesai’ – Peguam Isteri Fikry Ibrahim first appeared on OHBULAN!.





