27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Mama Tak Balik, Jaga Adik-Adik’ – Pesanan Shahida Kepada Ammar Ahyan Sebelum Ke Makkah Runtun Hati Netizen

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen isterinya, Datin Seri Shahida sebelum berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah di TikTok.

    Artikel Berkaitan: Shahida Terkejut Lebih 1,000 Orang Berpanasan Datang Temuduga Di Wisma D’Herbs – ‘Semua Hebat Belaka’

    MENARIK:  Netizen Puji Lakonan Ikmal Amry, Mohon Pengarah Lebihkan Watak Utama – ‘Pakej Lengkap’

    Artikel Berkaitan: Nabil Puji Cara Didikan Aliff Syukri & Shahida, Anggap Ammar Ahyan Seorang Yang ‘Brilliant’

    Shahida kerjakan umrah

    " data-video-id="7535636642539785490" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @papalarisofficial

    Korang, doakan wife Papa @Nur Shahida Mohd Rashid selamat menunaikan umrah dan selamat pulang ke tanah air . Yang specialnya,Wife Papa ditemani Mak Mertua papa , cess dan Abang Ipar Papa. Papa tak dapat join sebabnya papa perlu handle kerja untuk kilang baru. Doaoan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ya 🤲 #i

    ♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

    Menerusi perkongsian dibuat, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan dia tidak berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama Shahida atas urusan kerja.

    Sehubungan dengan itu, Aliff meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusan isterinya dipermudah.

    Korang, doakan isteri papa selamat menunaikan umrah dan selamat pulang ke tanah air.

    Papa tak dapat ikut sebabnya papa perlu handle kerja untuk kilang baru.

    Doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ya.

    Namun begitu, apa yang mencuri perhatian netizen apabila mendengar pesanan Shahida kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan sewaktu mereka bersalaman di lapangan terbang.

    Pesan Shahida, dia meminta Ammar untuk menjaga adik-adiknya yang lain sekiranya ditakdirkan dirinya tidak pulang ke tanah air.

    Kalau mama tak balik, jaga adik-adik tau.

    Netizen doa urusan dipermudah

    Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen dan meraih lebih 150,000 tontonan dan lebih 6,000 tanda suka.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mendengar pesanan Shahida dan mendoakan agar segala urusan dipermudah.

    Untuk info, Shahida akan berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah bersama ibu, abang dan anak perempuannya, Qadejah El Zahra.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Kalau Mama Tak Balik, Jaga Adik-Adik’ – Pesanan Shahida Kepada Ammar Ahyan Sebelum Ke Makkah Runtun Hati Netizen first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah