Usahawan dan pempengaruh, Kak KM berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan kira-kira 15 tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’
Tips penjagaan

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, idea untuk memulakan perniagaan bermula selepas ramai kenalan bertanyakan tips mengenai penjagaan badan.
Punca saya mula berniaga selepas ramai yang tanya macam mana saya menjaga badan.
Dan waktu itu, saya sudah mempunyai tiga orang anak.
Mereka semua tertanya-tanya apa tips yang saya buat sehingga mampu menjaga badan meskipun sudah beranak tiga pada ketika itu.
Jadi, dari situlah bermulanya idea untuk saya berniaga.
Nama Kak KM

Berkongsi pula mengenai penjenamaan produk, anak kepada pelakon Normah Damanhuri memaklumkan semuanya bermula daripada pelanggan dan peminat setia yang membeli jamu keluarannya.
Asalnya nama ‘KM’ ini peminat yang beri.
Dulu nama produk saya ini ‘Ketat Mencengkam’ tetapi bila pelanggan nak ‘order’ mereka hanya pendekkan nama tersebut dengan panggilan
‘KM’.Selepas itu saya tukar pula menjadi ‘Sweet Dara’ sebab nama ‘Ketat Mencengkam’ itu tidak boleh digunakan ketika nak didaftarkan di kementerian.
Tetapi nama ‘KM’ itu kekal menjadi sebutan sampai sekarang.
Sekadar info, Kak KM tercalon bagi kategori Usahawan Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.
Selain Kak KM, antara usahawan yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Datuk Seri Aliff Syukri, Christy Ng dan ramai lagi.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.
The post Kak KM Kongsi Penyebab Mula Berniaga – ‘Waktu Itu Anak Dah Tiga, Ramai Tanya Tips Jaga Badan’ first appeared on OHBULAN!.





