Penampilan usahawan popular Kak KM yang mengenakan hijab baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf, Saya Lalai..Sebenarnya Beg Tu Dah Lama Saya Beli’ – Kak KM
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Berhabis RM50,000 Beli Sejadah – ‘Beg Tangan RM60k Boleh Beli’
Doakan Kak KM
View this post on Instagram
Ketika dihubungi Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli berkata, dia dihujani dengan komen positif dan kata-kata semangat daripada warganet yang menyaksikan dirinya sedang bersiap untuk memakai hijab.
Mereka juga rata-rata mendoakan Kak KM agar dibukakan hati untuk terus menutup aurat dengan sempurna.
Tidak dinafikan ramai yang menonton saya memakai tudung ketika sesi siaran langsung iaitu hampir 10k penonton.
Mereka semua mendoakan untuk saya beristiqamah dalam pemakaian tudung.
Mereka kata, ‘kalau boleh pakailah terus, cantik dan nampak muda.’
Netizen semuanya bagus sebab banyak bagi semangat pada saya.
Niat berubah

Bagaimanapun anak kepada aktress Normah Damanhuri itu mengakui pernah terdetik niat untuk menutup aurat dan akan mencuba memperbaiki diri sedikit demi sedikit.
Saya pun seronok sebenarnya apabila melihat pujian-pujian itu.
Saya kurang pandai nak pakai tudung sendiri, takkan setiap kali nak pakai nak minta orang ajar? Nanti mereka menyampah pula.
Tetapi tipulah kalau saya kata saya tak pernah ada niat (untuk berhijab). Memang pernah ada niat cuma kurang pandai nak pakai.
InsyaAllah perlahan-lahan saya belajar dan perlahan-perlahan saya akan berubah.
Terdahulu, Kak KM tampil mengenakan hijab ketika hadir ke sebuah majlis keagamaan dan kemanusiaan yang diadakan sekitar minggu lalu.
Untuk makluman, Kak KM turut tercalon bagi kategori Usahawan Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.
Selain Kak KM, antara usahawan yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Datuk Seri Aliff Syukri, Christy Ng dan ramai lagi.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.
The post Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’ first appeared on OHBULAN!.





