JUICE, portal pop culture nombor satu di Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan ‘JUICE Best Of 2025’ bagi meraikan individu, artis, dan lokasi paling berpengaruh yang mewarnai muzik, fesyen, gaya hidup serta acara di Malaysia sepanjang tahun lalu.
Artikel Berkaitan: JUICE Malaysia Kini Dalam Bahasa Melayu Dengan Bahagian Baharu #IkatTepi
Artikel Berkaitan: Aidil & Abe Yed Tampil Dalam Episod JUICE Detuned
Edisi tahun ini

Selepas kejayaan edisi ‘The Best of 2024’ yang menjadi acara tahunan bagi meraikan pencetus budaya tempatan, JUICE kembali dengan edisi terbaru yang lebih berani, segar, dan penuh impak.
Fokus edisi tahun ini masih menumpukan kepada penyediaan platform bagi rakyat Malaysia menonjolkan artis, pencipta, dan ‘trendsetter’ yang berani mencabar tradisi lama dan membentuk budaya tempatan mengikut identiti mereka sendiri.
Menurut pasukan editorial JUICE, ‘JUICE Best Of 2025’ kali ini bukan sekadar pertandingan populariti biasa.
Kami meletakkan gergasi mainstream dan pejuang ‘underground’ di pentas yang sama kerana kedua-duanya memacu budaya ke hadapan dengan cara mereka sendiri.
Mereka yang dicalonkan adalah perintis yang merangkumi bakat baharu, alternatif serta penggiat ‘genre-bending’, malah kemua calon dilihat berani untuk mencorak budaya dan aliran trend mereka di seluruh Malaysia.
Kategori 2025
View this post on Instagram
Berikut adalah kategori bagi ‘JUICE Best Of 2025’:
Muzik
● Best Song
● Best Album or EP
● Best Band
● Best Album Cover
● Best Collaboration
● Best Solo Act
● Best New Artiste
● Best DJ
Fesyen
● Best Designer
● Best Streetwear Brand
● Best Accessories
● Best Shoes
● Best Thrift Store
Acara
● Best Concert
● Best (Product) Launch
● Best Festival
Gaya Hidup
● Best Bar
● Best Club
● Best Live House
● Best Cafe
● Best Healing Spot
Person of the Year pula diberikan kepada individu yang berjaya mencuri perhatian, memacu perubahan budaya, dan seseorang yang kehadirannya tidak boleh dipinggirkan.
Pengundian kini dibuka! Rakyat Malaysia boleh mengundi secara online dan mengikuti JUICE di Instagram untuk kemas kini, teaser dan lain-lain informasi sepanjang kempen ini berlangsung.
Tahun lepas, JUICE menerima lebih 5,000 undi dalam hanya seminggu, membuktikan betapa dedikasinya komuniti tempatan kita.
Tahun ini, bersiap sedia untuk lebih keseronokan, lebih interaksi, dan sorakan yang lebih hangat bagi calon-calon edisi 2025.
Pengundian akan ditutup pada 20 Disember 2025. Undi calon pemenang anda di
The post JUICE Kini Kembali Dengan ‘Best Of 2025’, Rai Pencipta & ‘Trendsetter’ Di Malaysia first appeared on OHBULAN!.





