Portal budaya pop terkemuka Malaysia, JUICE kembali menganjurkan JUICE Best Of 2026 bagi mengiktiraf nama-nama yang mewarnai industri hiburan dan budaya pop tempatan.
Artikel Berkaitan: JUICE Kini Kembali Dengan ‘Best Of 2025’, Rai Pencipta & ‘Trendsetter’ Di Malaysia
Artikel Berkaitan: Aidil & Abe Yed Tampil Dalam Episod JUICE Detuned
JUICE Best Of 2026

JUICE Best Of 2026 bukan sekadar mengiktiraf nama popular, malah turut memberi peluang kepada bakat baharu, artis bebas, pereka fesyen dan penggiat industri kreatif tempatan untuk lebih dikenali.
Bagi edisi tahun ini, pencalonan merangkumi pelbagai bidang termasuk muzik, persembahan pentas, fesyen, gaya hidup, pusat hiburan serta individu berpengaruh yang sering menjadi perhatian masyarakat.
Menurut Ketua Pasukan merangkap Editor JUICE, Ben Liew, inisiatif tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mengiktiraf bakat baharu, acara menarik dan lokasi yang dekat dengan komuniti.
Melalui Best Of, kami ingin meraikan kepelbagaian dan memberi peluang kepada orang ramai untuk memilih siapa yang mereka rasa layak untuk mendapat pengiktirafan.
Bagi kami, budaya bukan hanya tentang siapa yang paling popular, tetapi juga menghargai mereka yang berani tampil dan memberi impak.
Senarai Kategori
View this post on Instagram
JUICE Best Of 2026 kali ini mempertandingkan lima kategori utama yang merangkumi pelbagai cabang industri hiburan dan gaya hidup. Antara kategori yang dipertandingkan ialah:
Musik
- Best New Artist
- Best Solo Act
- Best Band
- Best DJ
- Best Song
- Best Album/EP
Acara
- Best Concert
- Best Club Event
- Best Festival
Fesyen
- Best Designer
- Best Label
Lokasi
- Best Bar
- Best Cocktail Bar
- Best Club
- Best Live House
- Best Café
- Best Healing
Dalam pada itu, undian kini dibuka kepada orang ramai menerusi laman web rasmi JUICE Best Of 2026 bagi membolehkan mereka memilih calon kegemaran masing-masing.
Edisi terdahulu menerima lebih 5,000 undian dalam tempoh seminggu dan untuk tahun ini JUICE berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan menyokong calon pilihan mereka daripada pelbagai kategori.
Undian akan ditutup pada 7 Disember 2026, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyokong calon pilihan anda dengan mengundi menerusi laman rasmi JUICE Best Of 2026.
Orang ramai juga boleh mengikuti Instagram rasmi @juicemy bagi mendapatkan maklumat terkini, pengumuman dan perkembangan sepanjang kempen berlangsung.
The post JUICE Best Of 2026 Kembali Raikan Penggiat Industri Hiburan & Budaya Tempatan first appeared on OHBULAN!.





