Personaliti media sosial dan YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis menyorot perhatian selepas dilihat hadir melawat kawasan yang terjejas akibat jerebu tebal di Indonesia baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ria Ricis Dedah Jalani Rutin Ruqyah Sejak Awal Tahun Demi Pulihkan Trauma
Artikel Berkaitan: Setahun Selepas Cerai, Ria Ricis Dah Temui Pengganti?
Tidak menjaga sensitiviti
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Ria Ricis dilihat berada di kawasan yang terjejas akibat jerebu selain turut menyampaikan bantuan kepada penduduk setempat.
Namun, kapsyen yang ditulisnya pada hantaran berkenaan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Kidzania 2026.
Rata-rata berpendapat penggunaan kapsyen sedemikian tidak sesuai memandangkan kawasan berkenaan sedang berdepan situasi yang serius dan menjejaskan kehidupan penduduk.
Bagaimanapun, Ria Ricis dilihat mengambil tindakan untuk menurunkan hantaran berkenaan daripada media sosialnya selepas ruangan komen dibanjiri komen negatif.
Dikecam netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Indonesia meluahkan rasa berang terhadap tindakan Ria Ricis yang disifatkan tidak sensitif, malah ada yang mempersoalkan sikapnya sebagai seorang pempengaruh.
Sumber: Threads
The post Ria Ricis Melawat Kawasan Jerebu Raih Perhatian, Kapsyen ‘Kidzania 2026’ Undang Kritikan first appeared on OHBULAN!.





