26.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’

    Shopee Sale

    Kecaman netizen susulan kesilapan bacaan surah al-Fatihah dan al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anak bukan sahaja memberi kesan kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, malah turut mengganggu emosi cahaya matanya.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’ Makan Nasi Campur Di Warung – ‘Dah 40 Tahun, Ini Kali Pertama Jumpa Artis’

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Sedih Akaun TikTok Disekat, Tak Boleh ‘Live’ Selama 5 Tahun – ‘Saya Cuba Bangkit…’

    Terima kecaman

    Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata, anak-anaknya berasa malu dan tertanya-tanya mengapa bapanya menjadi sasaran kecaman ramai selepas rakaman solat berkenaan tular di media sosial.

    Menurutnya, dia tidak menafikan kekurangan diri dalam membaca serta menghafal ayat al-Quran, namun kini sedang berusaha memperbaiki kelemahan tersebut dengan terus belajar dan mendalami ilmu agama.

    Bila orang menghina saya, anak-anak sampai malu dan tanya kenapa jadi macam ini.

    Anak-anak tahu saya ini membaca al-Quran pun tak betul. Jujur saya ada masalah ADHD dan disleksia, saya struggle nak menghafal.

    Sekarang inilah saya dapat mengaji, bagi takzkirah dekat anak-anak, sebelum ini saya tak pernah buat. Kalau baca komen tu rasa macam saya terus down.

    Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbs yang diadakan di Wisma D’Herbs, Kota Damansara pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Tundukkan Pandangan Dari Lihat Model – ‘Dia Menghormati Isteri’

    Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak pernah berniat mempermainkan atau memperlekehkan agama menerusi tindakannya berkongsi rakaman solat di media sosial.

    Saya tak pernah memperlekehkan atau merendahkan agama. Saya buat itu (live solat) tak ada niat apa-apa pun.

    Saya mengaku ada khilaf, namun netizen banyak membuat provokasi seolah-olah macam saya ini mainkan agama.

    Kenapa orang kejam sangat dengan saya? Banyak lagi orang buat video yang menggarut tapi saya pula dihina melampau-lampau.

    Sebelum ini, tular video memaparkan Aliff mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya sehingga mengundang perhatian ramai apabila terdapat kesilapan dalam bacaan surah al-Fatihah dan al-Fil.

    Malah, penceramah bebas Ustaz Hafiz Afandi yang meneliti video berkenaan menjelaskan terdapat beberapa kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah yang merupakan rukun solat.

    Pada masa sama, Hafiz menyarankan Aliff mendapatkan bimbingan daripada individu yang lebih arif bagi memperbaiki bacaan dalam solat.

    The post [VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah