
Dunia digital semakin canggih dan berkembang, namun kita tak boleh nafikan bahawa perkembangan ini kadang-kadang mendatangkan kebimbangan dan ketakutan apatah lagi mengenai akses sistem kewangan.
Tambahan pula penipuan siber kini semakin menjadi-jadi. Scammer dimana-mana sahaja. Oleh sebab itu, memiliki sistem keselamatan kewangan merupakan satu kemestian dalam pengurusan kewangan korang.
Maybank faham situasi ni. Sebab tu lah mereka perkenalkan satu ciri keselamatan baru yang sangat praktikal, ‘Money Lock’. Ia direka khas untuk buat korang rasa lebih tenang ketika berurusan secara dalam talian.
Bagaimana ‘Money Lock’ melindungi wang korang
Melalui aplikasi MAE, ‘Money Lock’ sedia membantu untuk mengunci duit korang bagi mengelakkan daripada berlaku transaksi yang tidak diingini.
Apa maksudnya? Kalau ada orang cuba hack akaun korang, mereka takkan boleh sentuh duit yang dah dikunci.
Menariknya, sistem ini bukan sahaja dapat lindungi duit korang daripada di ‘songlap’ scammer tapi dalam masa yang sama fungsi ini turut bantu kawal nafsu shopping korang.
Duit yang dah dikunci tak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya, kecuali korang sendiri yang buka kunci tu. Jadi, nak simpan untuk benda penting seperti beli rumah, kereta, melancong atau sebagai tabung kecemasan, memang sangat sesuai.
Bukan itu sahaja, duit yang dikunci tetap akan dapat faedah macam simpanan biasa, tapi dengan tahap keselamatan lebih tinggi.
Perbelanjaan bulanan lebih terkawal

Walaupun objektif utama Money Lock untuk menjaga keselamatan pengguna, korang boleh juga manfaatkannya sebagai alat untuk menguruskan perbelanjaan bulanan dengan lebih efektif.
Dalam erti kata lain, korang boleh asingkan siap-siap duit untuk keperluan asas dan elak overspending masa tengah sale gila-gila hujung bulan.
Sekurang-kurangnya, kalau ada hal kecemasan terjadi sekalipun, Money Lock mampu bertindak sebagai benteng digital dalam melindungi dana pengguna daripada penipuan dalam talian walaupun penjenayah berjaya mengakses akaun. Menarik bukan?
Bayangkan korang ada RM5,000 dalam akaun dan perbelanjaan bulanan korang cuma RM1,500 je. Dengan ‘Money Lock’, korang boleh kunci RM3,500 tu. Incase, la ada scammer berniat nak tipu duit korang, duit tu tetap selamat. Tak ke mana-mana.
Semua boleh guna, tak kira usia
Ada yang ingat ciri macam ni cuma sesuai untuk orang yang berduit, tapi semua orang patut guna fungsi ‘Money Lock’ ni. Bukan apa, sekarang ni, semua orang berpotensi jadi mangsa penipuan siber, lagi-lagi golongan muda, yang dah terbiasa selesaikan segala urusan dan transaksi secara dalam talian.
Bagi golongan profesional muda, ‘Money Lock’ walaupun pada umumnya bukan bertujuan sebagai instrumen simpanan tradisional, golongan ini boleh memanfaatkan ‘Money Lock’ sebagai cara kreatif untuk membina asas kewangan yang kukuh. boleh bantu bina tabiat kewangan yang sihat. Takde la korang membazir beli itu ini mengikut nafsu.
Untuk yang berusia 35 hingga 55 tahun pula, ‘Money Lock’ mampu menyediakan lapisan perlindungan tambahan khususnya untuk simpanan masa depan bagi tujuan pendidikan anak, pelaburan, atau rumah. Walau jumlah wang simpanan besar, tapi korang tak payah risau. Duit tu selamat. Takde siapa boleh akses melainkan korang je.
Dan bagi pesara, ciri ni boleh bantu kawal perbelanjaan bulanan, rawatan perubatan, dan sumbangan kepada yang tersayang tanpa risau ditipu scammer.
Jom cuba ‘Money Lock’!
Kalau korang dah ada aplikasi MAE, korang boleh terus cuba guna ‘Money Lock’ . Ini cara nak mengaktifkannya:
- Buka aplikasi MAE.
- Tekan “Accounts” kat bawah.
- Pilih akaun yang nak dikunci.
- Tekan ikon ‘Money Lock’.
- Tekan “Lock Now”.
- Masukkan jumlah yang nak dikunci.
- Baca & setuju dengan Terma & Syarat.
- Tekan “Confirm” dan sahkan guna Secure2u.
Duit yang dikunci akan muncul pada kad akaun aplikasi MAE korang. Lebih selamat, ianya hanya boleh dibuka semula atau dikurangkan jumlahnya melalui mana-mana ATM atau cawangan Maybank berdekatan.
Kalau korang baru dapat duit raya, nak simpan dengan selamat dan elak tangan gatal? ‘Money Lock’ jawapannya. Baru selamat duit korang tu.
Untuk info lebih lanjut & tutorial lengkap, korang boleh lawati laman rasmi Maybank.





