27 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Auddra Trauma Berdepan Peminat Obses, Lebih Tegas Jaga Batas Pergaulan

    Shopee Sale

    Penyanyi, Auddra akui trauma selepas berdepan dengan insiden melibatkan seorang peminat lelaki yang didakwa obses terhadap dirinya sehingga mencetuskan perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Memang Nak Cari Duit, Cari Rezeki Untuk Ibu Bapa’ – Auddra

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Gen Z, Sebelum Jadi Artis Tak Kenal Siapa Kamal Adli & Ameng Spring’ – Auddra

    Peminat obses

    Ketika ditemui , Auddra atau mesra disapa Odda berkata, pengalaman tersebut membuatkan dia lebih berhati-hati dan menjaga batasan ketika berinteraksi dengan peminat.

    Menurut Odda, seseorang peminat perlu tahu cara mendekati artis kesayangan mereka tanpa membuatkan individu tersebut berasa terancam atau tidak selesa.

    Sejujurnya selepas insiden itu memang saya agak trauma sedikit. Disebabkan itulah kadang-kadang saya lebih menjaga batasan dengan peminat.

    Mungkin anda boleh ubah sikap berkenaan, sebab kalau anda mahu rapat dengan artis kesayangan, anda kena buat mereka rasa selamat dan selesa untuk dekat dengan anda.

    Odda berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Ombak, KLCC sebentar tadi.

    MENARIK:  Nikmati Kemeriahan Musim Cuti Sekolah & Pelbagai Aktiviti Menarik di Gamuda Land Play Lóng Lóng!

    Mengulas lanjut keadaan peminat terbabit, Odda berkongsi bahawa dia dimaklumkan individu terbabit menjalani kehidupan seperti biasa dan mempunyai pekerjaan.

    Ramai yang bagitahu dia sebenarnya waras sahaja dan bekerja.

    Jadi dia tahu apa yang dia buat dan saya rasa dia bukanlah penghidap autisme.

    Imbas kembali, tular satu video memaparkan interaksi Auddra bersama seorang peminat lelaki di media sosial sehingga mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai tingkah laku peminat terhadap selebriti.

    The post [VIDEO] Auddra Trauma Berdepan Peminat Obses, Lebih Tegas Jaga Batas Pergaulan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah