Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pengalaman berdepan situasi kurang menyenangkan apabila tindakannya membantu perniagaan buah mangga milik keluarga mentuanya dipersoalkan oleh seorang wanita, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Pernah Terasa Hati, Elisya Sandha Sibuk Dengan Keluarga Sendiri – ‘Dia Bukan Baby Saya Lagi’
Artikel Berkaitan: ‘Elisya, Jangan Biarkan Komen Negatif Membebani Hati & Berlembutlah Dengan Diri Sendiri’ – Fasha Sandha
Jual mangga
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia gemar membantu suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz menguruskan gerai milik abang suaminya setiap kali selesai penggambaran lebih awal.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka pada ketika itu akan ada seorang wanita datang menyapanya bertanyakan soalan yang membuatkan dirinya terdiam.
Mak cik nak tanya ni, kenapa meniaga mangga? Kenapa tak buat bisnes yang lebih besar? Kenapa jual mangga sahaja?
Mangga ni boleh jual kat tepi jalan sahaja.
Tidak melatah dengan soalan itu, Fasha memilih untuk bertenang dan berhati-hati memikirkan jawapan sebelum membalas pertanyaan wanita terbabit.
Pun begitu, Fasha tidak mahu berprasangka buruk dan menganggap wanita itu sekadar ingin menegur dengan niat yang baik.
Mak cik, saya tak kisah pun meniaga mangga ni. Biarlah perniagaan itu kecil tapi halal, daripada perniagaan besar tapi haram.
Lagipun meniaga macam ni kita tak berhutang. Lagipun ini yang kami mahukan.
Kehidupan yang selesa bukan yang bermewah-mewah berlebihan. Sebab bila bermewah berlebihan, mungkin lain pula ujian yang akan datang.
Undi OBPVO2.0

Dalam perkembangan lain, Fasha tercalon dalam kategori Pelakon Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.
Paling Viral 2.0 (OBPVO2.0) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
Sumber: Instagram
The post Jual Mangga Jadi Persoalan, Fasha Sandha Tenang Beri Jawapan – ‘Biar Perniagaan Kecil Tapi Halal’ first appeared on OHBULAN!.





