28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Faezah Elai Tempelak Netizen Persoal Panggil Anak Tiri ‘My Daughter’ – ‘Saya Yang Jaga Makan, Pakai, Sekolah’

    Shopee Sale

    Pelakon Faezah Elai tampil menyelar tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan hubungannya dengan anak-anak tiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Nak Dakap Tu Suami Saya, Dia Tak Complain..’ – Faezah Elai Bengang Badan Kurus Dipertikai

    Artikel Berkaitan: Faezah Elai Kekalkan Berat Badan 43 Kg Di Usia 43 Tahun, Amalkan IF Sejak Anak Dara

    Tak semua mak tiri jahat

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Faezah, 44, menjelaskan bahawa ada anak-anak yang ibu bapanya bercerai dan dibesarkan oleh bapa kandung bersama ibu tiri.

    Tambahnya, tanggapan bahawa semua ibu tiri mempunyai sikap buruk seperti yang sering digambarkan masyarakat adalah tidak tepat. Malah, dia sendiri turut bertanggungjawab menguruskan keperluan harian anak-anak tirinya.

    Ini khas untuk perempuan yang bercakap tanpa berfikir.

    Bukan semua orang yang bercerai, mak dia yang jaga. Ada juga yang ayah mereka ambil jaga anak-anak.

    Yang besarkan mereka, mak tiri. Bukan semua mak tiri jahat.

    Kalau saya jahat, tidaklah mak kandung mereka bagi saya jaga anak-anak dia.

    Saya yang jaga mereka dari segi makan, pakai, sekolah. Jadi, saya tak perlukan pengesahan daripada mana-mana pihak.

    Dalam pada itu, Faezah turut menegur sikap segelintir netizen yang mempertikaikan tindakannya menggelar salah seorang anak tirinya sebagai anak perempuan sendiri.

    Faezah atau nama penuhnya Noor Faezah Md Elai mengakui tidak pernah menganggap mereka sebagai anak tiri dan meminta orang ramai berfikir sebelum meninggalkan sebarang komen.

    Jadi tak perlu lah kecoh-kecoh. Saya sendiri tak pernah gelar mereka anak tiri saya. Tapi netizen pula persoalan kepada saya gelar salah seorang itu anak perempuan saya.

    Kalau nak bercakap fikir dulu. Kalau mulut yang berkata-kata dulu, nampak sangat tak berapa nak cerdik.

    Untuk rekod, Faezah Elai mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Heykal Hanifah pada 9 September 2011.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Anjoulie Rancang Makan Avocado dengan Sambal Belacan, Imej Bertudung Jadi Tumpuan – ‘Seakan Perempuan Arab, Cantik Betul!’

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Dealova Heyrinna dan Auroroa Heyrinna.

    Menerusi perkahwinan terdahulu Heykal, suaminya itu turut mempunyai tiga orang anak iaitu Luqman Hakim, Sarah Heyrissa dan Luq Adam Heydhani yang kini dibesarkan bersama Faezah.

    Sumber: Threads

    The post Faezah Elai Tempelak Netizen Persoal Panggil Anak Tiri ‘My Daughter’ – ‘Saya Yang Jaga Makan, Pakai, Sekolah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah