28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiq Kyle Percaya Karya Kisah Benar Mampu Tembusi Hati Penonton

    Shopee Sale

    Pelakon, Syafiq Kyle meletakkan kepercayaan bahawa filem yang mengangkat kisah benar mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dan mendapat tempat di hati penonton.

    Artikel Berkaitan: Pemakaian Mimi Lana Ditegur Netizen, Titip Pesanan Soal Aurat – ‘Dah Jadi Isteri, Eloklah Bertutup’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Menyanyi Dalam Filem, Pengarah Siap Bawa Guru Vokal – ‘Buat Single? Takutlah..’

    Kisah benar

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, berkata filem terbaharunya Takluk 2: OP Daulat yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar Operasi Daulat 2013, berpotensi menarik perhatian penonton menerusi kisah perjuangan mempertahankan negara.

    Saya rasa itu antara tarikan filem ini. Hasil garapan Zulkarnain ini bukan sekadar ‘menjual’ jalan cerita atau babak aksi, sebaliknya turut mengangkat tema pengorbanan dan cinta terhadap tanah air.

    Tema itu mungkin kedengaran ringkas kerana sudah kita pelajari sejak di bangku sekolah, tetapi Zulkarnain menterjemahkannya menerusi pendekatan aksi secara visual. Jadi, saya rasa itu antara kekuatan filem ini.

    Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Takluk 2: OP Daulat di GSC IOI City Mall di Putrajaya, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Syafiq yang juga suami kepada pelakon, Mimi Lana berkata kejayaan filem terdahulu, Takluk: Lahad Datu, turut didorong oleh kisah benar yang dekat di hati masyarakat.

    Kita dapat lihat sendiri bagaimana Takluk: Lahad Datu sebelum ini mendapat sokongan penonton sehingga meraih kutipan RM28 juta. Saya melihat pencapaian itu sebagai sokongan yang sangat luar biasa daripada rakyat Malaysia.

    Bagaimanapun, menurut Syafiq, kisah yang diadaptasi tidak semestinya perlu terikat sepenuhnya dengan peristiwa sebenar, sebaliknya perlu diberi ruang untuk penerapan elemen kreatif bagi menjadikan jalan cerita lebih menarik.

    Ada bahagian tertentu yang perlu diberikan sentuhan fiksyen atas sebab-sebab tertentu. Namun, perkara paling penting ialah naskhah itu menarik untuk ditonton.

    Saya rasa penonton Malaysia sudah boleh menerima karya berdasarkan kisah benar atau peristiwa sebenar. Kalau kita lihat platform penstriman sekarang, sudah banyak cerita biografi, kisah benar dan karya yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar ditawarkan.

    Jadi, saya percaya penerimaan itu sudah ada dan penonton tempatan bersedia untuk menyaksikan karya sebegini.

    Takluk 2: OP Daulat, iaitu sekuel kepada Takluk: Lahad Datu yang ditayangkan pada 2024 kembali dengan skala aksi ketenteraan lebih besar apabila menampilkan kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    MENARIK:  Diuji Oleh Ahli Dermatologi, Produk Anti-Penuaan Mampu Milik Ini Terbukti Berkesan Setanding Produk ‘High End’.

    Selain Syafiq, filem yang akan mula menjengah pawagam seluruh negara mulai esok turut menampilkan gabungan pelakon popular lain antaranya Kamal Adli, Datuk Remy Ishak, Fadlan Hazim, Datuk Eman Manan, Nas-T, Luqman Hafidz, Taufiq Hanafi, Anas Ridzuan, Sara Ali dan ramai lagi.

    The post Syafiq Kyle Percaya Karya Kisah Benar Mampu Tembusi Hati Penonton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah