28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Musa Radhi Jelaskan Ketiadaan Vokalis Asal Di Konsert Slam x Exists: The Greatest Hits – ‘Mamat Peluru Yang Kami Simpan’

    Shopee Sale

    Ketiadaan vokalis asal Exists, Mamat pada konsert Slam x Exists: The Greatest Hits yang bakal dilangsungkan pada 1 Mei 2027 dimaklumkan sudah dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama.

    Artikel Berkaitan: Suara Ezad Lazim Tetap ‘Telan Kaset’ Walau Sedang Sakit, Konsert Exists Premium Live Buat Peminat Teruja

    Artikel Berkaitan: Satu Malam Dua Kumpulan Lagenda, Konsert Slam X Exists ‘Our Journey’ Penuh Magis!

    Ketiadaan Mamat

    Ketika ditemui , penyanyi bass Exists, Musa Radhi menyifatkan Mamat sebagai kad simpanan yang tidak didedahkan pada setiap persembahan agar kumpulan itu sentiasa mampu menawarkan variasi dan kelainan buat para peminat pada projek-projek akan datang.

    Kami pernah buat konsert Slam x Exists juga sebelum ini di Kuala Lumpur dan di Singapura. Pada masa itu Mamat juga tiada. Jadi untuk kali ini, kami teruskan lagi dengan perancangan yang sama.

    Cuma untuk kali ini kami tidak tahu lagi idea apa yang akan dicetuskan. Mamat kami anggap sebagai satu ‘peluru’ yang kami simpan.

    Kami tidak boleh buka semua kad serentak, jadi Mamat ialah kad yang masih tersimpan untuk kami. Mungkin untuk projek lain nanti, kami akan tampilkan variasi yang lebih berbeza supaya peminat sentiasa rasa Exists ada pembaharuan dalam setiap persembahan.

    Musa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Slam x Exists: The Greatest Hits di A Quiet Place, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

    Apabila ditanya sama ada Mamat memahami keputusan tersebut, Musa berkata bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama.

    Tegas Musa, Mamat sangat memahami situasi berkenaan dan pihak kumpulan sentiasa berbincang dengannya sejak peringkat awal.

    Memang dia faham. Dalam situasi begini, kami selalunya akan libatkan dia. Dari peringkat awal lagi kami sudah berbincang untuk cuba melibatkan dia dalam sebanyak mungkin aktiviti lain.

    Walaupun dia tidak terlibat dalam konsert ini, tetapi dalam waktu terdekat banyak projek seperti annual dinner yang kami pergi bersamanya. Malah, sudah ada dua atau tiga acara yang disahkan bakal kami jayakan bersama Mamat, dan bukannya bersama Ezad.

    Sementara itu, penganjur dari ICON Entertainment, Iman Tang menjelaskan Mamat sememangnya sebahagian daripada sejarah Exists.

    Tetapi untuk penjenamaan produk (product branding) The Greatest Hits kali ini, dia tidak terlibat.

    Apabila saya menggunakan perkataan Memento Mori Reunion, itu bermakna semua anggota asal ada. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Begitu juga dengan Exists kali ini, tiada Shah.

    Shah tidak bermain bersama Exists semasa persembahan ini kerana Shah berada di kem kanan.

    Terdahulu, konsert Slam x Exists: The Greatest Hits diumumkan bakal menghimpunkan rangkaian lagu-lagu hit ikonik dan malar segar daripada kedua-dua kumpulan legenda era 90-an itu di atas satu pentas berskala mega pada 1 Mei 2027.

    MENARIK:  [VIDEO] Disoal Tentang Dakwaan Marissa Berbadan Dua, Ini Respons Aslam – ‘Doa Yang Baik-Baik’

    Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sejarah baharu ini, tiket konsert ditawarkan pada harga RM228 (Gerimis Mengundang), RM288 (Nur Kasih), RM368 (Mencari Alasan), RM388 (Kembali Terjalin), RM428 (Langkah Seiringan), RM488 (Seperti Dulu) dan RM5,000 (Icon Sofa).

    Jualan tiket akan mula dibuka pada Selasa, 1 Disember 2026 pukul 3 petang menerusi laman web rasmi di http://www.ticket2u.com.my/slamexists.

    The post Musa Radhi Jelaskan Ketiadaan Vokalis Asal Di Konsert Slam x Exists: The Greatest Hits – ‘Mamat Peluru Yang Kami Simpan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah