28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Haidar Hasanudin Tak Mahu Keluarga Kena Tempias Kontroversi, Pilih Jaga Privasi

    Shopee Sale

    Pelakon Haidar Hasanudin, memegang prinsip untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum.

    ARTIKEL BERKAITAN: Haidar Hasanudin Buat Beard Transplant – ‘Tanam Untuk Stabilkan Sebab Jambang Tumbuh Sebelah Kanan Saja’

    ARTIKEL BERKAITAN: Haidar Hasanudin Pernah Ditawar RM50k Oleh Mak Datin

    Jaga privasi

    Ketika ditemui , Haidar, 37, menjelaskan keputusan tersebut bukan hanya untuk menjaga kepentingan diri sendiri, malah bagi menghormati privasi dan perasaan ahli keluarga serta pihak lain.

    Sejujurnya, apabila saya membuat keputusan untuk berada dalam industri seni, saya pilih untuk memberikan sepenuh komitmen kepada bidang lakonan.

    Saya memang menetapkan pendirian untuk tidak mendedahkan hal peribadi, sama ada membabitkan keluarga atau perkara lain.

    Tambah Haidar, dia mahu penggunaan media sosial lebih tertumpu kepada perkembangan kerjaya seninya.

    Saya mahu kerjaya dan media sosial saya hanya tertumpu kepada projek atau karya yang sedang saya jayakan, bakal ditayangkan atau sedang ditayangkan.

    Bagi hal peribadi, saya tetap berpegang kepada prinsip untuk tidak berkongsi atau mempamerkannya kepada umum, bukan sahaja demi diri sendiri, tetapi juga bagi menghormati perasaan dan kepentingan pihak lain.

    Pelakon drama Cinta Dalam Sekam itu menegaskan bahawa dia tidak mahu orang terdekat menerima kesan sekiranya timbul sebarang kontroversi atau perkara tidak diingini pada masa hadapan.

    Apabila kita bercerita mengenai hal peribadi termasuk keluarga sendiri, saya tidak mahu mereka turut terkena tempias sekiranya berlaku sesuatu perkara.

    Dalam industri ini, kita tidak boleh lari daripada kontroversi. Hari ini mungkin semuanya baik-baik sahaja, tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

    Haidar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Viu berjudul Wali Dalam Tangisan di Petaling Jaya, pada Rabu.

    MENARIK:  10 Destinasi Percutian Luar Negara yang Menyeronokkan dan Berbaloi untuk Dikunjungi Sepanjang Tahun Ini

    Justeru, Haidar berharap orang ramai dapat menghormati pendiriannya yang mahu terus menjaga batas antara kehidupan peribadi dan karier sebagai anak seni.

    Saya memohon semua pihak menghormati keputusan saya untuk terus mengekalkan pendirian itu. Bagi saya, privasi tetap privasi dan itu juga hak saya.

    Sebagai seorang pelakon atau individu yang bekerja di hadapan kamera, saya harap semua pihak dapat menghormatinya kerana saya juga perlu menjaga keluarga masing-masing.

    The post [VIDEO] Haidar Hasanudin Tak Mahu Keluarga Kena Tempias Kontroversi, Pilih Jaga Privasi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah