28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Almy Nadia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah S.W.T apabila suaminya, Datuk Fizz Fairuz mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Suria FM.

    Artikel Berkaitan: [VDEO] Fizz Fairuz Akui Disiplin Pendatang Baru Berbeza Dengan Pelakon Lama – ‘Ada Pengarah Baling Skrip Kena Muka’

    Artikel Berkaitan: Teka Teki Netizen Terjawab! Fizz Fairuz Dedah Jantina Anak Kelima – ‘Kami Dikurniakan Anak Perempuan’

    ‘Alhamdulillah’

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah berkata dia percaya dengan rezeki yang ditetapkan oleh yang Maha Esa.

    Tidak hanya itu, Almy turut berkata pengunduran itu juga merupakan satu permulaan yang baik serta mendoakan yang terbaik buat suaminya.

    Alhamdulillah tamat sudah perjalanan suami di Suria FM.

    Bersyukur dan percaya rezeki ada di mana-mana.

    Permulaan yang baik dan di hari Jumaat yang baik. Ditemukan dengan orang yang baik, dikelilingi dengan orang yang baik.

    Alhamdulillah syukur padamu ya Allah.

    Pada awal pagi tadi, Fizz membuat satu pengumuman menyatakan hari ini merupakan hari terakhirnya ke udara sebagai penyampai radio di Suria FM untuk segmen Morning Morning Suria yang dikendalikan bersama Ajak dan Kai Hassan.

    MENARIK:  Bapa Tiri Cabul Saya Ketika Ibu Di Wad Bersalin, Saya Takut dan Tak Berani Melawan

    Sementara itu, menerusi kenyataan Suria FM, radio itu memuji Fizz Fairuz kerana telah menunjukkan profesionalisme dan semangat kerja yang tinggi sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai penyampai.

    Kami di Suria FM amat menghargai segala sumbangan dan usaha yang telah dicurahkan oleh Fizz Fairuz sepanjang tempoh perkhidmatannya.

    Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fizz Fairuz dan mengharapkan kejayaan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

    Sumber: Instagram

    The post Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah