Meskipun kedengaran sedikit lucu, pelawak dan pelakon, Joey Daud memberitahu untuk mengelak diri daripada terkena gangguan ilmu hitam atau santau adalah dengan memakai seluar dalam secara terbalik.
Artikel Berkaitan: ‘Nampak Tiga Garis Macam Disebat’ – Joey Daud Kongsi Pengalaman Seram Ketika Gali Kubur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Cara Pilih Seluar Jeans Yang Berkualiti, Perkongsian Joey Daud Raih Perhatian Netizen – ‘First Time Nampak Dia Serius’
Spender terbalik

Menerusi perkongsian di podcast Ashhhrapp Channel, Joey, 51, berkata, tindakan itu sebagai ikhtiar melindung diri daripada sebarang gangguan dan niat jahat manusia terhadap diri.
Tips untuk mengelak daripada orang buat kita. Benda ini macam kelakar, tapi kalau dari segi logik akal macam betul. Apa yang kita pakai ini jangan sempurna.
Macam baju kita kena pakai sempurna la. Paling tak sempurna, kita boleh pakai seluar dalam terbalik. Jadi, benda itu tak sempurna.
Kalau dia (sihir/santau) nak datang, tak sempurna dia akan patah balik. Seluar dalam hanya kita saja yang tahu, benda itu terbalik. Paling kuat pun isteri kita yang tahu.
Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan pelbagai pandangan berhubung kenyataan dibuat Joey. Ada di antara mereka yang bersetuju dan segelintir tidak percaya.
Namun, terdapat seorang pengguna media sosial berkata, dia pernah melakukan perkara sama seperti disarankan Joey apabila berdepan dengan kejadian misteri.
Pun begitu, rata-rata wargamaya saling menasihati untuk sentiasa memohon dan meminta perlindungan daripada Yang Maha Esa.
Sumber: TikTok
The post Joey Daud Kongsi Tips Elak Kena Santau – ‘Pakai Seluar Dalam Terbalik’ first appeared on OHBULAN!.





