28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marissa Dania Persoal Tindakan Umisya Bangkitkan Isu Lama – ‘Saya Tidak Dapat Hak Sebagai Isteri Seadilnya’

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Marissa Dania tampil membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh madunya, Umisya Mazlan berhubung isu rumah tangganya.

    Artikel Berkaitan: Umisya Pernah Cerai Dengan Aslam Sebelum Kahwin Dengan Marissa, Sanggup Poligami Sebab Suami Jalankan Tanggungjawab

    ‘Saya akui salah’

    Tampil mempertahankan diri, Marissa, 20, mempersoalkan tindakan Umisya yang didakwa masih membangkitkan isu lama, khususnya perkara yang berlaku sebelum perkahwinannya dengan Aslam.

    Adakah wajar untuk terus membangkitkan perkara sebelum perkahwinan sedangkan saya tahu saya tidak melakukan apa-apa selepas itu?

    Yang mana saya sendiri akui sebagai salah dan khilaf, sedangkan saya tidak mengganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah.

    Marissa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Threads.

    Dalam pada itu, Marissa turut mendedahkan bahawa dia tidak menerima hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya. Namun, memilih untuk berdiam diri tanpa menuntut sebarang hak.

    Malah saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, seadilnya dan saya juga tidak menuntut apa-apa mahupun berkata apa-apa.

    Perlukah kita mencari sokongan dengan mendedahkan kelemahan seseorang?

    Terdahulu, Umisya mendedahkan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghalang hubungan antara suaminya dan pihak ketiga, termasuk memutuskan hubungan tersebut. Namun, keadaan itu tetap berlarutan sehingga membawa kepada perkahwinan.

    MENARIK:  Aishah Tanggung Derita Disihir, Enggan Terlibat Pertandingan Nyanyian Lagi – ‘Kalau Saya Nak Cerita, Dah Boleh Buat Buku Dah’

    Umisya juga memaklumkan bahawa dia pada awalnya membantah perkahwinan tersebut dan pernah meminta untuk berpisah.

    Bagaimanapun, hasrat itu tidak diteruskan selepas dinasihatkan oleh keluarga mentua serta disaran mendapatkan pandangan kaunselor terlebih dahulu.

    Sumber: Threads

    The post Marissa Dania Persoal Tindakan Umisya Bangkitkan Isu Lama – ‘Saya Tidak Dapat Hak Sebagai Isteri Seadilnya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah