29.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alieff Irfan Ulas Video Isteri Melutut Mohon Maaf Dengan Pembantu Rumah – ‘Tanda Hormat Dengan Orang Tua’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan pelakon, Alieff Irfan tampil mengulas mengenai video tular memaparkan isterinya, Nabilah Aliah yang melutut meminta maaf kepada pembantu rumah mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersentuh Tengok Warga Emas Gigih Kerja Dengan Jalan Bongkok, Isteri Alieff Irfan Hadiahkan Kereta

    Tanda hormat

    Alieff, 29, berkata, meskipun mereka berstatus majikan, tindakan isterinya itu mencerminkan adab seorang yang lebih muda dalam menghormati individu yang lebih berusia.

    Pembantu rumah itu sudah bersama kami lebih kurang lima tahun. Walaupun kami majikan, tetapi sebagai orang yang lebih muda, kita tetap perlu melutut dan memohon maaf kepada yang lebih berusia.

    Ini kan hari raya, sudah pasti kita akan saling bermaaf-maafan. Apa yang isteri saya lakukan itu adalah tanda menghormati orang tua.

    Alieff berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangkar yang berlangsung di Metrowealth (MIG), Petaling Jaya, pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Laungan Azan Ini Kan Untuk Seru Orang Bersolat’ – Razak Ahmad

    Mengulas mengenai reaksi positif netizen terhadap tindakan Nabilah, Alieff menjelaskan isterinya sememangnya seorang yang berbudi pekerti tinggi dan sentiasa mengutamakan kebajikan orang di sekeliling.

    Saya ada perasan hantaran yang tular itu. Sebenarnya isteri saya seorang yang tegas, tetapi dalam masa sama sangat penyayang.

    Keluarga dan orang sekeliling yang mengenalinya pasti tahu dia seorang yang sangat mengambil berat tentang orang lain.

    Ada kala, walaupun dia sakit atau tidak sihat, dia tetap mengutamakan orang lain asalkan mereka bahagia.

    Perkongsian video tersebut sebelum ini mencuri perhatian ramai, dengan rata-rata memuji sikap rendah diri dan keikhlasan Nabilah dalam menghormati pembantu rumah mereka, meskipun berbeza latar belakang dan kedudukan.

    The post Alieff Irfan Ulas Video Isteri Melutut Mohon Maaf Dengan Pembantu Rumah – ‘Tanda Hormat Dengan Orang Tua’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah