27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marissa Umum Dalam Proses Berpisah, Abby Abadi Harap Kemelut Segera Selesai – ‘Keluarlah Dari Mimpi Ngeri’

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi berharap kemelut rumah tangga anaknya, Marissa Dania dengan suami, Ahmad Aslam segera menemui titik noktah.

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

    Semoga segera selesai

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Abby, 48, berdoa Marissa akan menemui kehidupan yang lebih indah selepas memberi kenyataan bakal berpisah dengan suaminya.

    Semoga selesai dengan cepat. Keluarlah cepat dari mimpi ngeri. Tolong aminkan ya.

    Dalam pada itu, Abby turut menasihati Marissa untuk memperbaiki diri dan percaya setiap ujian mempunyai hikmah.

    Perbaiki apa yang kurang ya adik (Marissa). Kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah selepas ini.

    Terdahulu, Marissa memberitahu prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk sebelum ini telah berubah kepada proses perceraian.

    MENARIK:  Noorkhiriah Tegaskan Tiada Akaun TikTok, Tak Mahu Netizen Salah Faham – ‘Mohon Bantu Report’

    Marissa mendedahkan, dia dan suaminya kini sedang melalui fasa perpisahan selepas dua kali lafaz talak dibuat sepanjang perkahwinan mereka.

    Menurut Marissa, perbicaraan yang berlangsung sebelum ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepadanya untuk memberikan keterangan.

    Sumber: Instagram

    The post Marissa Umum Dalam Proses Berpisah, Abby Abadi Harap Kemelut Segera Selesai – ‘Keluarlah Dari Mimpi Ngeri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah