34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perkukuh ekonomi domestik, utamakan barangan tempatan – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai memperkukuh ekonomi domestik susulan tekanan ekonomi akibat peranang di Asia Barat.

    "Utamakan barangan tempatan dan sokonglah usahawan kita, kerana kekuatan dalaman merupakan benteng utama dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat," kata Anwar.

    Anwar berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi meneliti perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

    Menulis di media sosial, Anwar berkata dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu.

    Namun, katanya, asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan dalam mendepani situasi tersebut.

    MENARIK:  Duta baru - Boikot jejaskan rakyat Malaysia, bukan AS, Israel

    "Kerajaan Madani akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan," katanya.

    Dalam mesyuarat tersebut, Anwar menekankan bahawa kerajaan tidak boleh alpa dan mesti bersiap siaga dengan disiplin serta semangat kebersamaan yang tinggi memandangkan Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis global.

    Dia memberi jaminan bahawa setiap keputusan yang bakal diambil akan terus berpaksikan tanggungjawab dan kepentingan rakyat bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga serta kelangsungan ekonomi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah