Penyanyi, Mimi Fly, bakal mewakili Malaysia dalam ASEAN-Korea Music Festival yang akan diadakan pada April ini di Araneta Coliseum, Filipina.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Fly ‘Reject’ Lelaki Malas – ‘Itu Red Flag Terbesar & Annoying’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Tak Segan Duduk Semeja & Bantu Kami’ – Sikap Rendah Diri Mimi Fly Buat Caliph Busker Tersentuh
Bangga dapat wakilkan Malaysia

Ketika ditemui , Mimi, atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, menganggap peluang mewakili Malaysia sebagai satu penghormatan besar dan bertekad memberikan persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Saya sangat bangga dapat mewakili Malaysia di festival ini.
Ini adalah peluang untuk tunjuk bakat kita di pentas serantau dan bawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Sekarang saya sibuk memperkemas dan mempersiap diri untuk persembahan itu nanti.
Sudah pasti, saya hanya mahu buat yang terbaik.
Mimi berkata demikian pada sidang media Konsert For You Nourul yang berlangsung di Suria KLCC pada Selasa.
Muncul sebagai artis jemputan

Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Serumpun’ itu turut akan muncul sebagai artis jemputan dalam Konsert For You Nourul yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Mei nanti.
Tambahnya, dia melihat undangan sebagai artis jemputan dalam konsert tersebut sebagai satu penghormatan sekaligus mengeratkan lagi hubungan profesional dan persahabatannya dengan penyanyi itu.
Kak Nourul ada DM Mimi, dia cakap nak buat konsert dan minta sokongan dari saya.
Pada awalnya tarikh yang diberitahu itu bertindih.
Saya saja minta tukar, akhirnya tarikh diubah dan akhirnya dapat bekerjasama.
Dalam pada itu, Mimi juga mendedahkan bahawa dia mengendalikan kelas tarian dan menjadi guru yoga sebagai kaedah untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental, sambil berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Saya suka mengajar tarian dan yoga, sebab bagi saya aktiviti ini bukan sahaja bantu kekalkan tubuh kita jadi cergas, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain.
Aktiviti ini melengkapkan kerjaya seni saya.
The post ‘Saya Bangga Dapat Wakil Malaysia Untuk ASEAN-Korea Music Festival, Peluang Tunjuk Bakat Di Pentas Serantau’ – Mimi Fly first appeared on OHBULAN!.





