
Penyanyi rap hebat, Joe Flizzow rindu akan suasana beraya di kampung halamannya yang terletak di Johor Bahru.
‘Di Johor, saya bukan Joe Flizzow’
View this post on Instagram
Mengakui sudah empat tahun menyambut raya pertama di Kuala Lumpur, pemilik nama Johan Ishak ini memaklumkan terdapat banyak keistimewaan apabila berkumpul bersama ahli keluarga yang lain di kampung halaman.
Ujar pelantun lagu ‘Satu Malam Di Temasek’ ini, setiap ahli keluarga akan berkumpul dan menjalankan tugas masing-masing menjelang perayaan Aidilftri.
Kalau beraya di Kuala Lumpur tak adalah keistimewaan sangat tapi kalau di Johor, saya bukan Joe Flizzow.
Saya hanyalah seorang cucu dan anak yang mempunyai tugas. Ada yang cat dinding, ada yang bersihkan rumah.
Bila raya pula, keluarga saya akan masak satu hidangan yang bernama harissa yang merupakan makanan tradisi di Johor.
Untuk masak harissa ini sangat rumit sebenarnya. Sebagai contoh Harissa Ayam, kita perlu siat ayam untuk dijadikan sebagai bahan masakan itu.
Dan perlukan lebih kurang enam jam untuk menggaul kesemua bahan dan itulah kerja saya iaitu menggaul.
Joe berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music bertempat di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Empat tahun raya pertama di KL

Ketika ditanya mengenai sistem penggiliran ketika berhari raya, penyanyi berusia 46 tahun ini memaklumkan dia tidak mengamalkan konsep tersebut.
Sebenarnya saya dah empat tahun beraya di Kuala Lumpur jadi dan nak ikut adil, boleh saja kalau saya nak beraya empat tahun ‘straight’ di Johor.
Tapi mungkin tahun ini saya akan beraya di Johor cuma tengah berbincang lagi dengan isteri saya.
Tahun lepas, raya kedua ada balik ke Johor tapi tahun ini kalau boleh saya memang nak beraya di Johor waktu hari raya pertama.
Cuma kalau dulu bila raya, saya akan bergilir beraya sebelah ayah di Perak dan sebelah ibu di Johor.
Ibu dan ayah saya mengamalkan sistem penggiliran itu.
Untuk rekod, Joe dan isterinya iaitu Nurin Marini Ramlan mendirikan rumah tangga pada Jun 2020.





