
Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol meluahkan hasrat untuk melancong ke negeri Kelantan yang merupakan tempat kelahiran kekasihnya, Ameera Khan.
Kampung Ameera

Jefri berkongsi perkara itu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform, baru-baru ini.
Saya sebenarnya teringin nak pergi Kelantan.
Dalam sesi tersebut juga, Jefri sempat menjawab usikan netizen yang bertanya mengenai hubungannya dengan Ameera.
Jefri yang kini dipercayai berada di Indonesia juga memberitahu, dia akan berjumpa dengan adik kepada Noor Neelofa itu tidak lama lagi.
Nama Jefri dan Ameera terus menjadi perhatian dalam media sosial apabila mereka didakwa sedang menjalin hubungan cinta.
Dakwaan itu semakin kukuh apabila mereka kerap meluangkan masa bersama dan berkongsi momen romantis dalam media sosial.
Walau bagaimnapun, masih tiada pengesahan atau kenyataan yang dibuat daripada Jefri mahupun Ameera berhubung perkara tersebut.





