29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Tersentuh Melihat Keadaan Terkini Komposer Terkenal, Ross Ariffin

    Shopee Sale



    Ross Ariffin

    Sepotong video memperlihatkan keadaan terkini komposer tekenal tanah air, Ross Ariffin telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

    Undang sebak

    Ross Ariffin

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ross Ariffin yang mengenakan baju berona biru muda dilihat sedang berjalan menuju ke sebuah kereta.

    Rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat bentuk fizikal komposer itu yang kelihatan begitu kurus.

    Selain itu, wargamaya turut berasa risau mengenai tahap kesihatan Ross Ariffin selepas dia diserang angin ahmar sehingga mengalami kesukaran untuk berjalan dan bertutur.

    Di ruangan komen, pemilik akaun tersebut turut memaklumkan Ross Ariffin kini tinggal bersendirian selepas berpisah dengan isterinya. Malah, dia juga didakwa tidak lagi berhubung dengan dua orang anaknya selama 10 tahun.

    Terdahulu, media tempatan melaporkan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sudah bertemu dengan Ross Ariffin yang dikhabarkan bergelut kemiskinan sehingga terpaksa bergelandangan selama tiga tahun.

    Menurut Fahmi, beliau terpanggil untuk mengenali seniman itu atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil dengan lebih dekat setelah melihat berita keperitan hidupnya di media sosial.

    Katanya lagi, Ross Ariffin telah diberi tempat tinggal sementara oleh Exco Kebudayaan Negeri Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman dengan bantuan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar.

    MENARIK:  #OBWrapped24: Hilangnya Permata Seni, Pemergian Tidak Dapat Diganti

    Untuk info, antara karya agung ciptaan Ross Ariffin adalah lagu berjudul Dia (Fauziah Latiff), Kurniaan Dalam Samaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kau dan Aku (Ning Baizura) dan banyak lagi.

    Video

    " data-video-id="7329854919182159125">
    @datozainal DIA – Inilah Komposer Ross Ariffin. Pencipta lagu DIA dendangan Fauziah Latif. Spt lirik lagu itu. Kini, terkilan sungguh rasa hati. Dia tak pernah lagi ku temui. ??? #dia #fauziahlatiff #fyp? #berandatiktok #foryou #dzab ? bunyi asal – Ogitawo – Ogitawo74

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah