28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Normalize Minta Sponsor Makanan Untuk Event Pada Peniaga Kecil’ – Ariz Lufias

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ariz Lufias tampil menasihatkan agar budaya meminta penajaan makanan daripada peniaga kecil untuk sesebuah acara tidak dinormalisasikan.

    Artikel Berkaitan: Ariz Lufias Selesa Melancong Ke Korea, Dedah Kos Perbelanjaan – ‘Jumlah Hampir Sebulan Di Sini Lebih RM25k’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ariz Lufias Nafi Jadi Selebriti ‘Jalan Pintas’ Bantu Perniagaan Laku Keras

    Jangan normalisasikan

    Menerusi perkongsian di Threads, Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37, menegaskan agar budaya tersebut tidak dinormalisasikan, kecuali jika pihak peniaga sendiri menawarkan tajaan secara sukarela.

    Menurutnya, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kebanyakan peniaga dari rumah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan tanpa sokongan besar daripada mana-mana pihak.

    Jangan normalize budaya minta sponsor makanan untuk event dekat peniaga kecil, kecuali mereka sendiri yang offer untuk sponsor.

    Barang pun makin mahal sekarang, dan kebanyakannya peniaga dari rumah ini buat semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain.

    Sokongan pelanggan

    Dalam pada itu, Ariz menjelaskan bahawa kejayaan sesuatu produk banyak bergantung pada sokongan pelanggan sebenar serta ulasan jujur daripada pengguna.

    Dari pengalaman saya, kita hanya boleh generate sales bila ada genuine review dari pelanggan.

    Kalau nasib kita baik, ada artis dan influencer review produk kita. 

    Ujarnya lagi, pemberian produk secara percuma tanpa kajian terhadap kesesuaian audiens sering kali tidak membuahkan hasil, malah hanya merugikan peniaga.

    Kalau terus bagi sponsor tanpa buat research atau tanpa audience yang sesuai, selalunya exposure tak dapat, hanya penat sahaja yang dapat.

    Gunakan usaha awak dengan baik dan buat pilihan yang terbaik.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Mengandung, Suami Yang Alami Alahan – ‘Macam Ini Rupanya Perasaan Ibu Hamil Ya?’

    The post ‘Jangan Normalize Minta Sponsor Makanan Untuk Event Pada Peniaga Kecil’ – Ariz Lufias first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah