26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Ambil Ringan! Risiko Tidur Dalam Kereta & Bahaya Karbon Monoksida

    Shopee Sale

    Tidur di dalam kenderaan sebenarnya boleh mengundang maut sekiranya langkah keselamatan diabaikan.

    Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Kongsi Individu Berisiko ‘Microsleep’ – ‘Cukupkan Tidur Jangan Paksa Diri’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasangan Kekasih Maut Dalam Keadaan Berbogel, Disyaki Keracunan Karbon Monoksida

    Gas beracun yang tidak ada bau

    Ramai yang tersilap langkah dengan membiarkan enjin hidup atau sekadar membuka sedikit tingkap, tanpa menyedari tindakan tersebut tetap meningkatkan risiko keracunan karbon monoksida.

    Karbon monoksida merupakan gas beracun yang tidak berwarna dan tidak berbau ini mampu membunuh secara senyap tanpa disedari mangsa.

    Menurut Public Health Malaysia, bagi mengurangkan risiko ini, pastikan sistem ekzos kereta tidak bocor, elakkan menyalakan enjin di kawasan tertutup seperti garaj, dan lakukan servis kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf oleh pengeluar.

    Periksa juga sistem pendingin hawa bagi memastikan aliran udara lancar, dan jika membuka tingkap, pastikan ia tidak menghadap ke arah ekzos kenderaan lain.

    Selain itu, keluar sebentar dari kereta juga membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kesan buruk akibat udara yang terperangkap.

    Halang darah bawa oksigen

    Karbon monoksida terhasil daripada pembakaran bahan api seperti petrol, diesel, atau gas memasak apabila bekalan oksigen tidak mencukupi yang boleh membahayakan nyawa.

    MENARIK:  Warga Emas Nekad Akhiri Hayat Ibu Usia 100 Tahun Kerana Terbeban & Penat Mengurus

    Selain itu, sistem ekzos yang normal membebaskan gas berbahaya dengan selamat, namun ia berisiko maut jika berlaku kebocoran atau kenderaan dibiarkan berhenti lama dalam keadaan tertutup dengan enjin hidup.

    Apabila sistem ekzos berfungsi dengan baik, gas berbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida dibebaskan ke udara luar dengan selamat.

    Masalah ini akan berlaku apabila sistem ekzos bocor atau kenderaan berhenti lama dalam keadaan tertutup.

    Ianya merbahaya apabila gas beracun ini memasuki saluran pernafasan dan bercampur dengan hemoglobin dalam darah sehingga membentuk carboxyhaemoglobin.

    Proses kimia ini menghalang darah daripada membawa oksigen ke seluruh badan, menyebabkan sel serta tisu gagal berfungsi dan akhirnya membawa kepada kematian.

    Mangsa kebiasaannya akan menunjukkan gejala awal seperti sakit kepala, kekeliruan, loya, muntah, serta sakit dada. Walau bagaimanapun, risiko paling tinggi berlaku sekiranya mangsa sedang tidur kerana perubahan drastik pada badan tidak disedari, sekali gus mengakibatkan keracunan yang membawa maut secara mendadak.

    Sumber: The Asian Parent, Public Health Malaysia

    The post Jangan Ambil Ringan! Risiko Tidur Dalam Kereta & Bahaya Karbon Monoksida first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah