
Hantaran terbaharu di TikTok milik pelakon, Abby Abadi menuai perhatian apabila dia meluahkan isi hati tentang tahap kesabaran yang ditanggung.
‘Jangan ajar tentang sabar’

Menerusi hantaran itu, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, dia sanggup bersabar meskipun pernah dikecewakan dan diniayai seperti tiada hati serta perasaan.
Jangan ajar aku tentang sabar, aku pernah dikecewa setengah nyawa.
Dianiaya seperti tiada hati, kamu tahu rasanya dibunuh tapi tidak mati?
Sementara itu, di ruang kapsyen, Abby meminta orang ramai mendoakannya agar terus kuat menempuhi liku kehidupan.
Tak berharap apa-apa, cuma doakan saya terus kuat dan jadi terhebat berjuang untuk kehidupan didunia dan akhirat.
Sejak minggu lalu, kisah keluarga Abby menjadi bualan ramai bermula dengan isu permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh menantunya, Ahmad Aslam.
Susulan itu, Abby dan Aslam serta dua isterinya, Umisya Mazlan dan Marissa Dania saling berbalas kenyataan dalam media sosial masing-masing.





