29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jakim Dah Atur Tarikh Pertemuan Dengan Harith Iskander, Tunggu Masa Yang Sesuai’ – Menteri Agama

    Shopee Sale



    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan tarikh pertemuan dengan pelawak, Harith Iskander bagi mendapatkan perincian selepas didakwa telah menjadikan agama sebagai bahan jenaka.

    JAKIM dah atur pertemuan

    Foto: The Sun

    Menurut laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa sehingga kini JAKIM masih menunggu waktu yang sesuai untuk pelawak itu hadir.

    Pihak JAKIM sudah mengaturkan beberapa tarikh untuk memanggil Harith dan masih menunggu kesesuaian masa daripada pihak beliau untuk hadir ke sesi terbabit.

    Pendekatan menasihati secara berhikmah akan dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berulang lagi di masa akan datang.

    Terdahulu, Ketua Pengarah Jakim iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain memberitahu akan memanggil Harith berhubung hantaran terbabit di Facebook.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji Selepas Isteri Pakai Niqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’

    Difahamkan, Jakim juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan tersebut.

    Pada minggu lalu, Harith berjenaka menyatakan ‘iman tergugat’ apabila dia mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.

    Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwich ‘ham & cheese’ yang didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk tersebut dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya.

    Pada 20 Januari lalu, selebriti Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik Harith.

    Laporan itu turut menyebut aduan terhadap seorang individu lain dikenali sebagai Cecelia Yap Song KL, yang didakwa meninggalkan komen yang dianggap menghina Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah