34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaja Ishak Buktikan Pendatang Baharu Boleh Jadi ‘Pelaris’ – ‘Dengan Syarat Kualiti Lakonan Baik, Jalan Cerita Menarik’

    Shopee Sale

    Penerbit Jaja Ishak membuktikan bahawa pemilihan pelakon baharu sebagai tunjang utama mampu melonjakkan rating sesebuah drama, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada nama-nama besar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Simpati Dengan Nasib Mia Sara Nasuha – ‘Pengarah Perlu Beri Peluang, Dia Ada Kelebihan’

    Naikkan pendatang baharu

    Buktinya, drama terbitan Jaja Ishak Channel berjudul Panggil Aku Dahlia berjaya menduduki tangga pertama drama RTM, sekali gus menepis tanggapan bahawa hanya bintang popular mampu menjamin kejayaan sesebuah naskhah.

    Walaupun watak utama diterajui pelakon baharu, kehadiran pelakon-pelakon veteran dan senior memberi impak yang sangat besar serta membantu pelakon baharu dalam setiap babak.

    Apabila penonton melihat gandingan baharu seperti Razzuan Rosli dan Riena Amirah, mereka jadi teruja. Walaupun mereka belum dikenali, tetap diterima baik oleh penonton dan berjaya mengangkat nama mereka melalui drama ini.

    Wajah baharu mampu menjadi tunjang utama dengan syarat kualiti lakonan yang baik, jalan cerita yang menarik dan pembikinan yang berada pada tahap sepatutnya.

    Dalam pada itu, Jaja mengakui dirinya sentiasa mencari kelainan dalam setiap karya terbitannya dan enggan terus berada dalam zon selesa.

    Apabila peluang itu diberikan dan mereka berjaya, ia menjadi satu kejayaan yang sangat bermakna.

    Saya bersungguh-sungguh memperjuangkan artis baharu atau yang kurang dikenali kerana pada saya, setiap orang berhak untuk dikenali dan berjaya.

    Momentum seseorang artis itu sentiasa ada turun naik, sebab itu saya memilih untuk memberi peluang dan melakukan eksperimen.

    Selain itu, Jaja memberitahu antara kekuatan utama Panggil Aku Dahlia adalah keberanian pihak produksi membawa penggambaran luar dari Kuala Lumpur.

    Sebagai sebuah produk Jaja Ishak Channel, kami menjalankan penggambaran di luar Kuala Lumpur. Kami membawa lokasi penggambaran keluar daripada kota metropolitan ke tempat seperti Cameron Highlands dan Bukit Fraser.

    Apabila kami menampilkan visual yang cantik, menarik serta adegan manis dan romantik, ia menjadi satu kelainan yang berjaya mencuit hati penonton sehingga mereka setia mengikuti drama ini pada setiap episod.

    The post Jaja Ishak Buktikan Pendatang Baharu Boleh Jadi ‘Pelaris’ – ‘Dengan Syarat Kualiti Lakonan Baik, Jalan Cerita Menarik’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  BCL: Kedua-Dua Lelaki Ini Sentiasa Memastikan Saya Adalah Wanita Paling Bahagia [VIDEO]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah