31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaclyn Victor Gembira Bekas Suami Jumpa Pengganti – ‘Saya Doakan Dia & Isteri Bahagia’

    Shopee Sale



    jac

    Penyanyi versatil, Jaclyn Victor turut berasa bahagia di atas perkahwinan bekas suaminya iaitu Shawn Rivera.

    Doa buat bekas suami

    jac

    Ketika ditemui , pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor mengesahkan bahawa bekas suaminya yang juga anggota kumpulan muzik R&B Az Yet telah mendirikan rumah tangga.

    Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu, dia mengetahui tentang status perkahwinan bekas suaminya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

    Saya tak tahu pun, dia hanya maklumkan dekat IG. Dia pun hanya umumkan di platform itu sahaja.

    Sebelum ini dia ada berkata, dia tidak mahu berkahwin semula dan akhirnya dia bertemu jodoh.

    Saya sangat gembira dan saya ucapkan tahniah kepada dia di IG. Saya mendoakan dia dan isteri bahagia selama-lamanya.

    Jaclyn berkata demikian di sidang media First Solo Concert Jaclyn Victor yang berlangsung di Madam Lee Nyonya, Hotel Palm Garden Putrajaya pada Selasa.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Ceritera Cinta tersebut berkata demi anak-anak, dia dan Shawn kini tetap menjalinkan perhubungan yang baik.

    Difahamkan Shawn juga sempat bertemu dengan anak-anak mereka ketika berada di Malaysia sekitar Mei lalu.

    Kami masih berkawan dan mencuba untuk jadi yang terbaik untuk anak-anak.

    Dia tak tinggal di sini, tapi dia sering telefon dan buat panggilan video dengan mereka.

    Dia baru balik awal bulan Mei lalu dan sempat jumpa anak-anak.

    Dalam perkembangan lain, Jaclyn mengumumkan bakal mengadakan konsert solo pertamanya pada 12 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.

    MENARIK:  ‘Jangan Panggil Makanan Sampah, Tak Berhak Hina Makanan Yang Dijadikan Sebagai Punca Rezeki Dia’ – Fazley Yaakob

    Sekadar info, Jaclyn dan Shawn berkahwin pada 19 Julai 2014 namun memilih jalan perpisahan setelah lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera, 7.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah