Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi rutin hariannya sebagai seorang isteri, usahawan dan juga ibu kepada puteri tunggalnya, Lunara.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber Akaun Palsu – ‘Dia Dah Kacau Saya Berbulan’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Trimester Pertama – ‘Mual & Migrain Setiap Hari..Tak Boleh Hidu Bau Makanan, Nasi’
Rutin harian

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dilihat menjawab persoalan pengikutnya tentang rutin harian.
Menurut Intan, masa bersama keluarga di rumah menjadi pilihannya berbanding meluangkan waktu di luar.
Saya tidak buat apa sangat. Rutin harian saya kebanyakannya hanya menghabiskan masa di rumah sebab saya tak suka keluar.
Saya boleh duduk di rumah selama seminggu tanpa keluar. Hanya nikmati masa bersama suami dan Lunara.
Selain itu, pelakon drama Racun Rihanna ini turut menyifatkan suaminya sebagai seorang yang suka berada di rumah sekali gus memberi lebih ruang untuk mereka meluangkan masa bersama sebagai sebuah keluarga.
Suami saya juga setiap hari ada di rumah. Dia pun seorang yang suka duduk rumah atau mungkin dia tak sampai hati nak tinggalkan saya dan Lunara sendirian.
Walaupun terpaksa keluar bekerja di luar kawasan, dia akan pastikan pulang pada hari yang sama sebelum malam.
Kalau betul-betul perlu bermalam di luar, dia akan bawa kami sekali.
Jadi, kami memang jenis yang suka duduk di rumah. Satu-satunya masa dia keluar adalah untuk bermain polo dan menunggang kuda.
Selebihnya, rutin harian kami dipenuhi dengan masa berkualiti bersama keluarga.
Sumber: Instagram @intannajuwa
The post Intan Najuwa Kongsi Rutin Harian, Sifatkan Diri Sebagai ‘Homebody’ – ‘Saya Tak Buat Apa Sangat, Habiskan Masa Di Rumah’ first appeared on OHBULAN!.





