Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) kini kembali dengan edisi kedua yang menghimpunkan calon-calon hebat bukan sahaja kerana menjadi perhatian ramai tetapi turut mengangkat serta menghargai usaha mereka dalam karier masing-masing.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Amir Ahnaf, Aedy Ashraf & Tracie Sinidol Antara Calon Pelakon Paling Viral, Siapa Selebriti Pilihan Anda?
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Penyanyi Berentap Untuk ‘Penyanyi Gen Z Paling Viral’! Alpha, Umairah & Wani Kayrie Antara Pencabar
15 calon pilihan

Bagi edisi kali ini, sebanyak sembilan kategori dipertandingkan iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Menerusi kategori ini, 15 calon telah disenaraikan bagi merebut gelaran ‘Nepo Baby Paling Viral’ dalam kempen OBPVO 2.0.
- Ammar Ahyan
- Azeva
- Zaki Yamani
- Cik B
- Auddra
- Airit Rayyan
- Leona
- Amad Dayyan
- Thalita
- Nayla Mikayla
- Faris
- Merrah
- Mia Sara Shauki
- Ammara
- Adrian Adam
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: Siapa Bakal Dinobatkan ‘Nepo Baby Paling Viral’? Zaki Yamani, Azeva & Ammar Ahyan Antara 15 Calon Pilihan first appeared on OHBULAN!.





