29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [IVDEO] Qistina Raisah Setahun Bersabar, Muka Disunting & Dijual Harga RM10 – ‘Kalau Dosa Dengan Allah, Boleh Solat Taubat’

    Shopee Sale



    Pelakon Qistina Raisah terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang menyalahgunakan teknologi AI sehingga menimbulkan fitnah atas perbuatan yang tidak bermoral.

    Teknologi AI

    " data-video-id="7500622833358261512">
    @qqistinaraisah? original sound – QR

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, 17, akui sudah bertahan selama setahun daripada membuka mulut.

    Tambahnya, dia menerima banyak video mukanya yang disunting menjadi video berunsurkan lucah.

    Saya dah simpan lama, nak dekat setahun.

    Ini kes orang fitnah saya. Orang edit muka saya buat benda yang tak elok. Ada yang jual di aplikasi WhatsApp dan Telegram.

    Ramai yang hantar video saya difitnah itu sehingga hari ini.

    Hari ini saya baru ada keyakinan untuk bercakap yang video-video itu semua bukan saya.

    Dulu saya tak berani nak cakap sebab ketika itu teknologi AI masih belum hebat seperti hari ini.

    Pada orang-orang yang edit dan jual video-video sebegitu, awak kena ingat, suatu hari awak akan berkahwin dan ada anak-anak.

    Apa kita buat dekat orang, akan datang balik pada kita.

    Jaga aib

    Dalam pada itu, Qistina turut menitipkan pesanan agar tidak sewenang-wenangnya membuka aib sendiri mahupun orang lain.

    MENARIK:  Ribuan Penonton ‘Berkaraoke’, Imbau Nostalgia Muzik 80-an Di Konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1

    Ujar Qistina, video yang disunting itu memberi kesan kepada dirinya dah ahli keluarga.

    Satu awak buka aib orang, satu aib awak tuhan akan buka di dunia dan akhirat.

    Tuhan jaga aib kita, tapi awak buka aib orang.

    Korang mungkin tak nampak saya sedih. Tapi apa yang saya rasa di belakang kamera, korang tak tahu.

    Kalau dosa dengan Allah, boleh solat taubat. Kalau dengan manusia, hati-hati lah.

    Bila mak saya tengok video-video macam itu, mestilah saya rasa sedih.

    Sebagai anak, saya cuba jadi anak yang terbaik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah