Pelakon, Beego memberitahu dirinya tidak menyimpan perasaan marah terhadap isterinya, Linda Hashim susulan tindakan aktres itu tidak meminta izin sebelum berangkat ke Tanah Suci pada Disember lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Nafi Beego Pujuk Rayu Untuk Pulihkan Hubungan – ‘Yang Berlaku Hanyalah Serangan Terhadap Saya’
Tak minta izin pergi umrah

Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, kiriman mesej yang dihantarnya kepada Linda sebelum berlepas ke Makkah hanyalah sebagai peringatan bahawa status mereka yang masih suami isteri.
Saya tak marah pun (berkaitan kiriman mesej kepada Linda sebelum menunaikan umrah). Saya sebagai suami bila isteri nak pergi umrah, saya reda sahaja. Cuma, saya cakaplah macam dia masih status seorang isteri.
Dia tak ada pun minta izin. Tak ada pun, biasalah manja-manja sahaja. Tapi kalau dia nak ambil perkara itu serius dan terasa, terpulang kepada dia. Saya bukan jenis nak ‘upload’ semua benda.
Itulah sifat wanita, tak boleh nak buat apa dah. Apapun, saya tiada maksud lain. Cuma, saya cakap dengan dia macam sekurang-kurangnya: ‘Assalamualaikum saya nak minta izin pergi umrah’. Itu sahaja.
Jadi, di sini saya masih mempersoalkan status saya sebagai suami dan ada isteri yang masih pergi mahkamah dan dia tak minta izin. Salah ke saya ini?
Terdahulu, Linda memuat naik tangkap layar mesej yang dipercayai dihantar oleh Beego berkaitan ibadah umrah yang dilakukannya.
Dalam mesej berkenaan, Beego dilaporkan menulis: ‘Pergi umrah nanti pasti ada kifarah. Sama ada baik atau buruk, sebab masih berstatus isteri.’
Dalam perkembangan lain, prosiding pengesahan lafaz taklik membabitkan pasangan itu ditunda oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ke satu tarikh baharu pada Februari depan.
Pasangan itu pernah bercerai pada 27 Mac 2023 sebelum rujuk semula pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga anak mereka.
Bagaimanapun, Linda mendakwa mereka sekali lagi bercerai selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama kemudian.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
The post Isu Pergi Umrah Tak Minta Izin, Beego Tak Marah Linda – ‘Tapi Saya Sebagai Suami…’ first appeared on OHBULAN!.





