30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Usahawan Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia – ‘Akiko Telah Pergi Tinggalkan Saya & Anak’

    Shopee Sale



    Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

    Isteri Ridzokumura meninggal dunia

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

    Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

    Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.

    Al-Fatihah buat arwah isteri saya, Akiko. Dia telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya.

    Bagaimanapun, punca pemergian Akiko tidak dinyatakan.

    MENARIK:  Amir Jahari Memiliki Kereta Pertama, Berkorban Demi Keselesaan Anak – 'Saya Dahulu Berfikir Mustahil'

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar Ridzuan serta anaknya diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

    Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah