33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Sufi Rashid Tepis Dakwaan Culas Tanggungjawab Sebagai Ibu, Tugas ‘Babysitter’ Hanya Waktu Siang – ‘Susu Pun Saya Uruskan Sendiri’

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof menepis dakwaan culas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

    Artikel Berkaitan: Sufi Rashid Syukur Rakan Niaga Kena Bayar Ganti Rugi RM165K

    Artikel Berkaitan: Sufi Rashid Bawa Daesung Big Bang, Pertama Kali Anjur Konsert K-Pop

    Tak jaga anak?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nurulain akui memiliki pembantu dalam menguruskan urusan anak sulungnya, Sabreen Aleyna.

    Tegasnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu ketika tidak memiliki sebarang urusan yang perlu diutamakan.

    Ramai fikir bila ada babysitter, saya terus tak jaga Breen. Macam lah tahu sangat hidup saya.

    Alhamdulillah, ya saya ada pembantu. Tapi Breen sangat rapat dengan saya.

    Bila tak pergi kerja, saya akan habiskan waktu seharian bermain, suap makan dan masak untuk Breen.

    Siang ada babysitter jaga Breen tapi malam tetap dengan saya.

    Bangun malam, susu pun saya uruskan sendiri.

    Dalam pada itu, Nurulain mohon untuk tidak sewenangnya membuat andaian berdasarkan apa yang digambarkan di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Geram MUA Batal ‘Job’ 10 Minit Sebelum Majlis Mula – ‘Tak Ada Kata Maaf Langsung’

    Untuk rekod, Sufi dan Ain mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang puteri setelah lima tahun melayari bahtera perkahwinan.

    Sumber: Threads @Nuraaen

    The post Isteri Sufi Rashid Tepis Dakwaan Culas Tanggungjawab Sebagai Ibu, Tugas ‘Babysitter’ Hanya Waktu Siang – ‘Susu Pun Saya Uruskan Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah