34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Fizi Ali Selamat Bersalin Anak Perempuan Seberat 3.36 Kg – ‘Hampir Enam Jam Mama Bertarung Untuk Normal’

    Shopee Sale



    Fizi Ali iaitu Siti Zulaiikha

    Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada Rabu.

    Bersalin anak perempuan

    Fizi Ali iaitu Siti Zulaiikha

    Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali, 35, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

    Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.

    Yeah, mama (Siti Zulaiikha) dah selamat lahirkan baby girl (perempuan). Kuat mama tadi, hampir 6 jam bertarung untuk bersalin normal.

    Jadi sekarang bertambah lah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy (Fizi).

    Sementara itu, Fizi ketika dihubungi memberitahu, bayi seberat 3.36 kg itu dalam keadaan baik.

    Dalam pada itu, Fizi turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan isterinya sedang terbaring di atas katil sebuah pusat perubatan sambil meletakkan bayinya di atas dada.

    Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.

    MENARIK:  ‘Demi FYP Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang Kita Sendiri’ – Kieda Crepe Dakwa Ada Peniaga Busuk Hati Cuba Jatuhkan Bisnes?

    Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaiikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.

    Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

    Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah