34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skim Khairat Kematian: Panduan Lengkap Tuntutan RM1,000 Untuk Waris Penerima STR

    Shopee Sale

    Skim Khairat Kematian (SKK) 2026 merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Malaysia yang bermatlamat untuk meringankan beban kewangan waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang telah meninggal dunia.

    Artikel Berkaitan: SARA, STR & RM100 ‘One-Off’ Dikreditkan Bermula 9 Januari Ini!

    Artikel Berkaitan: Kampung Batu Balak, Jerantut Jadi Kampung Angkat MADANI 2024 — Perkukuh Kesejahteraan Desa

    Kematian antara 1 Januari hingga 31 Disember

    Skim ini bertujuan meringankan beban keluarga dalam menguruskan kos pengebumian serta memberi sokongan kewangan segera.

    Bagi individu yang layak, setiap seorang akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000, dan bantuan SKK hanya boleh dituntut oleh waris atau pasangan pemohon STR yang berstatus lulus.

    Hubungan waris yang layak menuntut

    1. Permohonan besrtatus lulus STR 2026:

    • Individu yang sudah berkahwin
    • Ibu tunggal / Bapa tunggal
    • Balu/ Janda/ Duda (mempunyai anak, tertakluk kepada syarat)
    • Warga emas yang tiada pasangan
    • Tempoh meninggal dunia antara 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026

    2. Individu meninggal dunia yang layak SKK:

    • Pemohon
    • Pasangan yang tertera pada borang permohonan lulus STR dan berstatus warganegara Malaysia
    MENARIK:  Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’

    3. Permohonan kategori kahwin:

    • Pemohon boleh menuntut tuntutan SKK jika pasangan meninggal dunia
    • Sekiranya pemohon atau pasangan tidak dapat hadir ke cawangan BSN, urusan boleh diwakili oleh waris yang didaftarkan dengan membawa dokumen sokongan tambahan

    Semak kelayakan melalui portal MySTR

    Sebelum hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menuntut SKK, waris perlu menyemak kelayakan mereka melalui portal MySTR terlebih dahulu.

    • Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian semak pada bahagian maklumat waris untuk memastikan nama tersenarai.
    • Bawa kad pengenalan asal serta sijil kematian asal atau salinan daripada JPN.
    • Dokumen sokongan tambahan seperti surat pengesahan hospital, surat pengesahan ketidakupayaan fizikal, atau surat pengesahan dari penjara boleh dikemukakan.

    Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu keluarga penerima STR mengurus kos pengebumian dan menyediakan sokongan kewangan yang sewajarnya ketika menghadapi kehilangan ahli keluarga.

    Sumber: e Central, Bantuan Tunai

    The post Skim Khairat Kematian: Panduan Lengkap Tuntutan RM1,000 Untuk Waris Penerima STR first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah