
Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha tampil bersuara apabila didakwa mengambil alih tugas ibu kandung terhadap anak tirinya, Ameena Sofea.
Berhenti fitnah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Zulaikha atau lebih mesra disapa Mamatiz menepis dakwaan berhubung isu pendaftaran persekolahan Ameena.
Menurutnya, dia sedar diri sebagai ibu tiri dan tidak akan mengambil alih tugas ibu bapa kandung Ameena.
Tak pernah pula saya yang menafikan Ameena ini ada mak kandung.
Saya pun sedar diri, saya mak tiri.
Dalam kedua belah pihak, dah tentu anak saya paling besar. Saya dah pakai sistem IDME beberapa tahun dulu disebabkan anak saya 2 tahun di sekolah cina.
Dah tentu penjaga utama itu atas nama saya sebelum saya berkahwin dengan Fizi.
Tapi bila dah kahwin, cikgu kelas yang suruh update details suami terkini dan tanggungan dibawah suami.
Ameena sah sah anak mereka berdua.
Dan betul lah, saya tidak akan susahkan diri untuk daftarkan anak tiri saya sekolah sebab mak ayah kandung Ameena wujud dan hidup lagi.
Dalam pada itu, Mamatiz berharap agar isu tidak dipanjangkan dengan kenyataan-kenyataan palsu dari mana-mana pihak.






