27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Dedah Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan – ‘Saya Akan Beritahu Jika Ada Perkembangan Seterusnya’

    Shopee Sale



    Penyanyi Jay Jay dikhabarkan sudah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

    Selamat jalani pembedahan

    Menurut isteri Jay Jay iaitu Zaitoon, suaminya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan selama enam jam itu tamat.

    Alhamdulillah, suami sudah selamat menjalani pembedahan. Doktor akan melakukan pemantauan seterusnya selama 12 jam lagi.

    Buat masa sekarang, suami saya masih belum sedarkan diri lagi. Saya akan beritahu jika ada perkembangan seterusnya daripada doktor.

    Tambah Zaitoon, mereka sekeluarga sangat terkejut apabila mendapat tahu pelantun suara ‘Cukuplah Sekali’ itu mempunyai masalah jantung.

    Saya hanya tahu apabila dia tiba-tiba mendapat serangan jantung, baru-baru ini.

    Terdahulu, penyanyi Rozita Rohaizad yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berkata, dia dimaklumkan oleh anak penyanyi itu, Cammy, Jay Jay menjalani pembedahan selama enam jam di IJN sejak jam 8 pagi, semalam.

    MENARIK:  Ameera Khan Berbual Lebih 12 Jam Dengan Jefri Nichol

    Rozita berkata, Jay Jay juga sudah dua minggu menjalani rawatan di IJN. Difahamkan, Jay Jay mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah